MALASYSIA KINI
Penangkapan Senator Umno Mohamad Nor semasa protes di Pulau Pinang terhadap BERSIH, membuktikan bahawa Umno di sebalik "demonstrasi ganas" itu, kata Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng.Beliau berkata Zainal seharusnya tampil memohon maaf atas tindakan
ganas dan bukannya menafikan dan cuba untuk "menutup penglibatan Umno".
"Rakaman Video perhimpunan haram dan tangkapan Senator Umno Ezam Mohd Nor oleh pihak polis kerana perhimpunan haram membuktikan bahawa Umno adalah pengecut kerana cuba menafikan penglibatannya dan merupakan satu peringatan klasik pepatah Melayu, baling batu sembunyi tangan," katanya.
"Ezam mengancam bahawa tiada perlu menunggu pilihan raya umum
dan mahu melakukan lebih banyak protes untuk memaksa saya meletakkan jawatan sebagai ketua menteri lebih awal.
"Di mana rasa hormat Umno kepada demokrasi dan mandat saya yang dipilih secara sah sebagai ketua menteri Pulau Pinang?" Kata Lim.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan