SEREMBAN— Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini menolak tujuan Himpunan Bersih 2.0 yang hendak diadakan, sebaliknya menegaskan gabungan itu bukannya mahukan pembaharuan pilihan raya tetapi hanya inginkan tsunami politik 2008 berulang.
“Objektifnya ialah untuk mencemar nama kerajaan dan polis, dan dengan itu, parti-parti politik akan menang.
“Tujuannya ialah politik... khususnya bagi PR (Pakatan Rakyat). Ia bukan sama ada pilihan raya bersih atau tidak... itu (soal) kedua,” kata bekas perdana menteri (gambar) pada Forum Generasi Muda di sini hari ini.
Dr Mahathir berkata beliau telah meneliti lapan tuntutan Bersih dan mendapati kumpulan itu hanya menggunakan untuk protes menyerang pentadbiran.
“Ia sepatutnya merupakan satu permintaan bagi (pilihan raya) bebas, tetapi umumnya ia satu serangan ke atas kerajaan kerana ia mendakwa bahawa kerajaan tidak melakukan apa-apa,” katanya lagi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan