Dewan Pemuda PAS Negeri Perak pertamanya melihat kekerapan turun padang pimpinan utama Umno / Barisan Nasional (BN) ke Negeri Perak terutama Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Haji Muhyiddin Yassin dalam pelbagai program termasuk program rasmi kerajaan tidak lain dan tidak bukan bagi memastikan bahawa pentadbiran Kerajaan Negeri Perak kembali dikuasai oleh BN
Malah jika khabar angin yang mengatakan seorang Menteri Pusat akan kembali ke Perak sebagai Menteri Besar yang baru jika BN kembali menguasai pentadbiran kerajaan negeri juga sudah kedengaran.
Disebabkan itulah ramai Menteri Pusat acap kali turun padang untuk mengadakan pelbagai program bagi tujuan tersebut jika dilihat bahawa Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Sri Haji Mohd Najib Tun Abdul Razak sebenarnya ada calon Menteri Besar yang baru tersebut dan bukannya Datuk Seri Zambry.
DR RAJA AHMAD AL-HISS Timbalan Ketua, Dewan Pemuda PAS Negeri Perak.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan