Siapa yang tak kenal Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).Rata-ratanya,hampir 90% pelajar Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan Swasta (IPTS), memohon pinjaman PTPTN untuk meneruskan pengajian masing-masing.
Pinjaman PTPTN ini sangat penting, terutama kepada golongan pelajar yang tidak berkemampuan.Sekurang-kurangnya, ia sedikit sebanyak dapat meringankan kos pelajar-pelajar terbabit sepanjang pengajian.Namun begitu, hampir kebanyakan peminjam juga, merupakan bekas pelajar yang memang liat nak bayar kembali pinjaman PTPTN.
Bermacam-macam alasan yang keluar.Masih belum bekerja, tak cukup untuk belanja,dan sebagainya.Dan ada di antara mereka jugalah, yang menyumpah-seranah kembali kerajaan, oleh kerana pinjaman PTPTN ini.Kami berpendapat, hampir kesemua peminjam PTPTN ini pun tahu, bahawa ianya suatu pinjaman bukan?
Namun ramai bekas pelajar yang buat-buat lupa tentang perkara ini, semasa mereka sendiri memohon pinjaman PTPTN sewaktu belajar dahulu.Bila dah dapat, masing-masing lupa tanggungjawab.Namun begitu, kami juga menentang faedah pentadbiran sebanyak 4% yang dikenakan ke atas peminjam.Ini bukanlah satu pinjaman perniagaan.Ini merpuakan pinjaman pendidikan.
Namun begitu, PTPTN merupakan satu topeng “wang kerajaan” yang diperbadankan.Bekas-bekas pelajar yang meminjam PTPTN, tidak dapat tidak, terpaksa membayar faedah tersebut.Kami tidak kejam dengan mengecam bekas peminjam PTPTN secara membuta tuli.
Oleh itu, kongsikan pendapat anda, mengapa bekas peminjam pinjaman PTPTN, liat untuk membayar kembali pinjaman?
Mengapa Peminjam PTPTN Liat Membayar Semula Pinjaman?
- Dah dapat kerja, tapi gaji tak cukup! (59%, 76 Votes)
- Saya marah dengan PTPTN dan Kerajaan!Sebab tu tak nak bayar! (12%, 15 Votes)
- Saya bayar pinjaman saya tiap-tiap bulan! (11%, 14 Votes)
- Tak dapat kerja lagi! (10%, 13 Votes)
- Memang tak ada niat nak bayar! (6%, 8 Votes)
- Dah kawin,jadi surirumah.. (2%, 3 Votes)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan