HALAMAN SANTAI

Isnin, 25 Julai 2011

Warkah kepada Chon Kai, tahanan EO 6

Wong Pei Chin


Chon Kai,

Ku menerima sms mu pada 25 Jun, memaklumkan bahawa puluhan daripada kamu ditahan di balai polis. Sms mu mahukan saya membuat panggilan ke balai untuk memberi tekanan kepada polis.

Ku panjangkan sms yang sama kepada orang lain, untuk membuktikan kepada polis bahawa kamu mempunyai penyokong yang ramai di luar sana. Pada ketika itu, ku ingat mu akan dibebaskan selepas tempoh tahanan sehari, sebagaimana apa yang berlaku dahulu, sewaktu mu ditahan bersama Kris, Jing Cheng dan lain-lain.

Memandangkan ramai orang yang ditahan bersama, kamu seharusnya tidak di-apa-apa-kan, dugaanku.

Ku memanggil mu selepas tu, memaklumkan mu bahawa ku akan berkongsi dengan mu gambar yang yang ku tangkap ketika mengunjungi Taiwan, batu-batan yang ku kutip di sana, dan buku yang ku beli di sana.

Ku menangis dalam bas

Pada 26 Jun, ku pulang ke Pulau Pinang dengan riang. Ku harap boleh jumpa denganmu segera, setelah tiga minggu kita tidak bersama.

Pada jam kira-kira 6 petang, ku menerima panggilan dari satu nombor yang asing untuk ku, ketika ku berada dalam bas jarak panjang. Rupa-rupanya mu. Mu maklumkan bahawa mu akan ditahan untuk tujuh hari lagi. Mu maklumkan bahawa telefon bimbit mu telah disita polis, mu memanggil dengan telefon yang mu pinjam daripada peguam. Ku menangis tersembunyi dalam bas selepas panggilan ditamatkan. Bukan main kecil kali ni, ku jangka.

Pada 1 Julai, hari pertama ku mulakan pekerjaan baru, juga hari keenam tahanan mu. Tak sempat ku beritahu mu bahawa ku telah mendapat kerja yang ada kaitan dengan bidang pengajian ku Sesungguhnya ia sesuatu yang menggembirakan, namun ia gagal menceriakan ku, kerana mu masih ditahan atas tuduhan yang tidak wajar.

2 Julai, hari ketujuh.

Ku menunggu kamu di luar mahkamah, Kepala Batas, mendoakan agar kesemua kamu dibebaskan. Namun demikian, senior ku pula menyampaikan khabar buruk. Enam orang daripada kamu ditangkap semula dengan Ordinan Darurat, selepas beberapa saat dibebaskan dari balai polis.

Ku menangis serta-merta, tidak terhenti-henti. Ramai yang rasa pelik mengapa pula gadis ini menangis sebegitu rupa. Mereka tidak tahu bahawa mu adalah teman lelaki ku.

Pada ketika itu, Nithiya dari Parti Sosialis Malaysia mahu membawa saya dan ahli keluarga tahanan yang lain ke balai polis Kepala Batas. Beliau berkata, kami akan sempat untuk berjumpa dengan mu jika kami tiba dalam masa 15 minit.

Pantasnya Nithiya memandu. Beliau membunyikan honnya, takut kalau tak sempat. Saya pula sms kepada OCPD Kepala Batas, dengan harapan beliau benarkan ku untuk berjumpa dengan mu sebelum mu dihantar ke Bukit Aman.

Bolehkah tuduhan ditukar-tukar?


Mungkin air mata ku meraih simpati, polis membenarkan ku untuk berjumpa dengan mu bersama seorang senior. Tangisanku tidak terhenti-henti apabila berjumpa denganmu. Mu bercakap dengan senior ku, memesan untuk memanjangkan khabar kepada ibu mu.

Selepas tu, polis menjelaskan kepada kami, bahawa kamu ditahan kerana merancang perhimpunan BERSIH 2.0. Ku pula memesan kepada mu, jangan mengakui benda yang mu tidak lakukan. (Sungguhpun ku sedar bahawa mu lebih tahu apa yang berlaku berbanding ku.)

Tetapi, polis menukar sehelai kertas seterusnya. Helaian ini tidak menyebut BERSIH 2.0, sekadar menuduh bahawa kamu telah menggugat keamanan negara. Pada saat-saat itu, ku tertanya-tanya, bagaimana polis boleh bertindak sedemikian rupa, apakah tuduhan boleh ditukar-tukar sedemikian? Ini melibatkan kebebasan seseorang individu!

Mu tanya mengapa ku menangis? Ku tidak menjawab. Kita mula bersembang isu yang lain, malah mu berjenaka bahawa polis yang menangkap mu adalah junior kamu di sekolah menengah. Mu bertanyakan sama ada ku akan hadir perhimpunan 9 Julai, ku khuatir untuk menjawab kerana ada seorang pegawai di situ. Ku bimbang beliau mempunyai perakam. Namun, ku masih jawab dengan suara yang rendah, YA!

Kesedihan ditukar menjadi kekuatan

Sambil sembang, wajahku menjadi semakin ceria, tidak lagi sarat dengan tangisan. Ku berasa lega kerana semangat mu yang teguh.

Selepas 9 Julai, ku jangkakan mu akan dibebaskan. Namun sekali lagi ku dihampakan.

Akhirnya pada 10 Julai, ku tidak tertahan lagi. Ku memanggil senior ku, Soh Sook Hwa, mengapa tidak PSM melakukan sesuatu? Malah ku menyalahkan wartawan, liputan diberikan sepenuhnya kepada kejadian pada 9 Julai - bagaimana pula enam orang tahan Ordinan Darurat? Apakah mereka tidak mempunyai nilai berita?

Malah ku benci Pakatan Rakyat, kerana mereka hanya menyeru, tanpa tindakan!

Ku dimarahi Sook Hwa. Ku sedar kemudiannya. Biar kesedihan tu ditukar menjadi kekuatan. Ku gagal selamatkan kamu hanya dengan tangisan.

Tak pernah ku lupai

Selepas beberapa hari saya merenungi, ya, hidup perlu diteruskan. Kerana kami tidak tahu berapa lama Chon Kai akan ditahan. Namun saya berharap kamu tidak melupai mereka, seperti saya. Saya berharap lebih ramai yang sudi tampil ke depan untuk menyokong mereka.

Tidak pernah sesaat saya melupai Chon Kai.

Banyak perkara yang belum saya sempurnakan bersamanya, melancong, pergi konsert Eason, belanjanya makanan Jepun setelah gaji pertama saya dikeluarkan.

Saya terfikir, Chon Kai akan dihantar ke pusat tahanan Simpang Renggam jika tidak dibebaskan selepas 60 hari. Simpang Renggam adalah kampung saya. Ia seolah-olah sindiran, apabila saya memilih untuk berada di Pulau Pinang, mereka pula menghantar Chon Kai ke kampung saya.

Saya masih teringat album foto yang saya beli di Taiwan, sempat saya berjenaka dengan kawan, "Entah sempat ke saya hadiahkan kepada pada 2 Disember? Apa jadi kalau kami berpisah?"

Kini, saya agak bimbang bahawa saya mungkin tidak dapat serah kepadanya dengan sendiri.

Kawan-kawanku, saya merakamkan penghargaan kerana keprihatinan mu. Biarpun saya masih sedih ada kalanya, namun saya akan tabah. Pada hakikatnya, saya lebih mengharapkan bantuan kamu dari segi tindakan, lebih daripada galakan dengan kata-kata. Maafkan ketamakan saya, kerana dalam hal ini, sokongan dari segi tindakan lebih diperlukan.

*Wong Pei Chin ialah teman wanita kepada Choo Chon Kai, salah seorang daripada enam tahanan di bawah Ordinan Darurat. Tulisan ini diterjemah dan disunting daripada teks asal.

Tiada ulasan: