HALAMAN SANTAI

Jumaat, 24 Februari 2012

Najib berdiam diri soal RCI di Sabah


Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak. — Gambar fail
KUALA LUMPUR — Datuk Seri Najib Razak malam tadi berdiam diri mengenai suruhanjaya diraja siasatan (RCI) bagi mengkaji isu pendatang asing tanpa izin di Sabah, berkata perkara itu masih dalam pertimbangan. "Kita sedang timbang," kata perdana menteri apabila ditanya untuk mengesahkan tuntutan anggota Kabinet bahawa persetujuan membentuk RCI dicapai.

Najib tidak menjawab soalan itu sebaliknya mahu ke soalan lain, soalan yang tidak berkaitan apabila menemui wartawan selepas mempengerusikan mesyuarat majlis tertinggi Umno di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini.

Beliau menjawab malam tadi menjawab isu-isu yang penting dan bahan api dibangkitkan minggu lalu oleh pemimpin Barisan Nasional (BN) Sabah atas persetujuan Putrajaya untuk membentuk RCI.

Awal bulan ini, menteri persekutan dan presiden UPKU Tan Sri Bernard Dompok mengumumkan di media Kabinet bersetuju untuk membentuk RCI.

Pemimpin negeri kemudian menjangkakan Najib secara rasmi akan mengumumkannya semasa lawatan kerja dua hari minggu lalu namun perdana menteri langsung tidak menyentuh perkara itu.

Khabar angin bermula dan laporan berita Internet dilaporkan berkata kemungkinan Najib mempunyai keputusan bertentangan dengan Kanbinet, ada yang mendakwa satu "pertemuan sulit" dengan pemimpin kuat Umno yang mengingatkan perdana menteri bahawa BN akan hilang sokongan kuat jika RCI tidak dibentuk.

Pemimpin parti pembangkang menggunakan peluang itu untuk menarik sokongan rakyat, menegaskan parti BN Sabah tidak memiliki pengaruh politik untuk membuat keputusan.

Penasihat DAP Lim Kit Siang menuntut penjelasan sama ada tuntutan Dompok hanya "berita panas."

Namun sumber BN Sabah mengesahkan bahawa kenyataan Dompok itu benar, berdasarkan minit mesyuarat Kabinet.

Pemimpin itu berkata menteri persekutuan itu bersetuju untuk pembentukan RCI pada 8 Februari dan menyerahkan tugas itu kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz untuk menyelaras skop siasatan.

Semasa mesyuarat terakhir Kabinet pada Rabu, 15 Februari, sehari sebelum lawatan kerja Najib di Sabah, Nazri membentangkan draf kasar terma-terma perbincangan RCI, kata pemimpin itu.

"Ia dibincangkan tetapi terma rujukan tidak dimuktamadkan kerana Kabinet mahu input parti BN Sabah dan kerajaan negeri.

"Dan untuk itu (sebab), ramai menjangkakan PM akan umumkan RCI pada 16 Februari, beliau belum bersedia untuk mengumumkannya," kata pemimpin BN itu.

Tetapi pemimpin itu mengakui sikap berdiam diri Najib itu tidak diduga bukan sahaja menimbulkan kemarahan tetapi memalukan pemimpin BN Sabah terutamanya UPKO dan PBS, yang menghebahkan kejayaan dalam mendesak pembentukan RCI.

Pendatang asing tanpa izin di Sabah merupakan masalah besar yang berlarutan sejak sekian lama dan ia mendatangkan pelbagai masalah kepada rakyat tempatan.

Berdasarkan jawapan diberikan di Parlimen tahun lalu, populasi penduduk Sabah seramai 651,304 pada 1970 dan bertambah kepada 929,299 sedekad kemudian. Tetapi dalam tempoh dua dekad selepas 1980, penduduk negeri itu meningkat dengan mengejut iaitu seramai 1.5 juta rakyat, menjelang 2000 angka itu mencecah 2,468,246.

Laporan media berkata sejak 2010, jumlah itu semakin berkembang mencecah 3.12 juta, dengan rakyat asing meningkat sebanyak 27 peratus atau 889,799 orang.

Pihak pembangkang telah lama mengecam kerajaan BN kerana pertumbuhan penduduk mendadak itu, malah membuat dakwaan bahawa pendatang tanpa izin diberi kebenaran masuk ke negeri itu disertakan MyKad dan hak mengundi demi membantu BN kekal memerintah.

18 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

penjelasan telah diberikan berhubung hal ini, ini bermakna RCI pasti akan diumumkan apabila tiba masanya.

Tanpa Nama berkata...

hnya diharap RCI akan diumumkan secepat mungkin, RCI amat perlu bagi tangani isu PATI di Sabah.

Tanpa Nama berkata...

pelbagai andaian negatif perlu diketepikan dalam soal ini. masih ada masa lagi untuk mengumumkan penubuhan RCI ini sebelum PRU-13 berlangsung.

Tanpa Nama berkata...

sebab tunggal Najib tidak mengumumkan pengwujudan RCI semasa lawatannya adalah kerana maklum balas parti komponen BN di Sabah dan kerajan negeri masih diperlukan berhubung terma rujukan dan komposisi panel.

Paquin berkata...

Janganlah perbesarkan hal ni, nanti tak pasal-pasal timbul ketegangan pula.

Paquin berkata...

RCI pasti akan ditubuhkan bila sampai masanya nanti. Kalau kita terlalu mendesak pun susah juga nanti lain pula jadinya.

Paquin berkata...

Harap. Najib akan mengumumkan keputusannya selepas semuanya sudah clear:)

jsiput berkata...

When the time comes, the pm will give an official announcement regarding the RCI matter.

thinaj berkata...

We shouldn't simply make assumption that the pm is not going to approve the rci. Better wait for him to make the announcement.

Tanpa Nama berkata...

bukan berdiam diri.. kan dia sudah cakap sedang dalam pertimbangan..

TuhauBam berkata...

Pertimbagan tu diharap tidak mengambil masa yang agak lama

drako drakonius berkata...

Hopefully after all matter has been taken into account and consideration, the Pm will make an announcement regarding this matter.

Unknown berkata...

Pasti Datuk Najib akan mengumumkan RCI untuk Sabah nanti jangan risau. RCI sudah diluluskan cuma menunggu masa yang sesuai untuk dilaksanakan.

Tanpa Nama berkata...

harap pengumuman akan dibuat sebelum PRU-13

Tanpa Nama berkata...

sudah sekian lama rakyat Sabah menantikan keputusan positif dari kerajaan negeri/persekutuan mengenai hal ini

Tanpa Nama berkata...

walau bagaimanapun, penubuhan RCI harus dibuat dengan pertimbangan dan perlaksanaan yang wajar

Tanpa Nama berkata...

Biarlah keputusan yang tepat dapat dibuat oleh kerajaan untuk kebaikan semua

Tanpa Nama berkata...

Memandangkan masalah PATI adalah hal yang serius dan tidak boleh dipandang ringan oleh semua pihak, maka ia perlu diselesaikan dengan segera dan teliti.