Perdana Menteri memberitahu pada sidang media malam tadi bahawa mesyuarat itu merupakan "penyelarasan" antara pusat dan kerajaan negeri dan bukan yang diperuntukkan di bawah Perlembagaan Persekutuan.
"Mesyuarat itu, mengikut Perlembagaan, melibatkan semua negeri, kami panggil semua menteri besar dan ketua menteri dari pembangkang...seperti jawatankuasa tanah, kerajaan tempatan dan mesyurat melibatkan kewangan negeri... Kami menghormati Perlembagaan," kata Presiden Umno selepas mempengerusi mesyuarat majlis tertinggi parti itu.
"Mesyuarat itu diadakan dua hari lalu lebih kepada penyelarasan antara kerajaan negeri dan pusat dan ia hanya untuk Menteri Besar dan Ketua Menteri Barisan Nasional (BN)," tambah beliau.
Najib menambah ia amalan biasa sebelum ini, mengulangi tidak menolak pemimpin Pakatan Rakyat.
"Mereka mengadakan banyak mesyuarat sendiri tanpa menjemput kami...kami tidak mengadu," katanya sambil ketawa.
Najib memberikan respons terhadap Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim yang mahukan penjelasan mengapa pemimpin Pakatan Rakyat tidak dibenarkan menghadiri mesyuarat pada Selasa lalu.
Pemimpin PKR menyifatkan perdana menteri "tidak profesional" kerana tidak membenarkan wakil Pakatan Rakyat menghadiri mesyuarat untuk membincangkan masalah rakyat.
Dalam perkara lain, Najib malam tadi turut mengumumkan keahlian Umno bertambah kepada 3,355,878 pada 31 Disember tahun lalu, meningkat 113,116 ahli baru.
Beliau juga mengumumkan Umno akan meraikan sambutan ulang tahun ke-66 pada 11 Mei di Stadium Merdeka.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan