Pelbagai botol, plastik, kertas ditemui dan
keadaan di sekitar Dataran Merdeka dan kawasan ini cukup kotor dengan
pelbagai sisa buangan.
KUALA LUMPUR: Sampah sarap dan kekotoran mewarnai keadaan di sekitar Dataran Merdeka dan kawasan sekitar selepas Bersih 3.0 melabuhkan tirai pada petang ini.
Pelbagai botol, plastik, kertas ditemui dan keadaan di sekitar Dataran Merdeka, Jalan Tun Perak, Jalan Tuanku Abdul Rahman dan kawasan ini cukup kotor dengan pelbagai sisa buangan.
Keadaan ini sekaligus mencacatkan pemandangan petang di Bandaraya Kuala Lumpur yang sebelum ini bersih walaupun mengalami kesesakan lalu lintas di hujung minggu.
Usaha untuk membersihkan kawasan ini akan dilakukan oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) seperti sedia kala.
Dianggarkan kira-kira 80,000 demonstran membanjiri Dataran Merdeka dan kawasan berdekatan untuk menuntut pilihan raya bersih dan adil atau lebih dikenali sebagai Bersih 3.0.
Para demonstran mulai hadir seawal jam 8 pagi dan mulai berkumpul di beberapa tempat seperti Masjid Jamek, Puduraya, Jalan Tuanku Abdul Rahman, Pasar Seni dan beberapa kawasan lain.
Turut hadir pemimpin seperti Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, Nurul Izzah Anwar, Lim Kit Siang, Azmin Ali, Salahudin Ayub, Datuk Husam Musa dan lain-lain.
Keadaan di Dataran Merdeka dikawal oleh pihak polis dan kekecohan bermula jam 3 petang tadi apabila demonstran mula merempuh kawat berduri yang dibina oleh pihak DBKL bagi menghalang perhimpunan Bersih ‘Duduk Bantah’ diadakan pada hari ini.
2 ulasan:
kalau tak kotor dbkl nak buat kerja apa pula.
tak cerdik komen saudara/saudari di atas...
Kasihan pekerja DBKL dipandang sebegitu rendah.
Catat Ulasan