HALAMAN SANTAI

Isnin, 25 Jun 2012

Ahmad Maslan: Anwar pelakon handal

KL TODAY

 

Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan menyifatkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai pelakon yang handal sekiranya akuan bekas Penolong Gabenor Bank Negara Datuk Abdul Murad Khalid dan Ummi Hafilda mengenai wang RM3 bilion itu ternyata benar.

“Anwar seorang pelakon handalan yang lantang menuduh semua orang lain rasuah tetapi pertanyaan rakyat ialah adakah beliau sendiri tidak terpalit dengan segala rasuah sebab RM3 billion itu jumlah yang teramat besar?..Soalan ini amat penting untuk dirungkai.

“ Yang amat saya hairan juga mengapa sehingga hari ini Anwar tidak saman Ummi Hafilda, Anuar Shaari dan kumpulan  Kumpulan Tolak Individu Bernama Anwar Ibrahim  (TIBAI)  yang membuat segala kenyataan yang berani itu”, katanya kepada UMNO-Online di sini, hari ini.

Beliau yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri mengingatkan Anwar agar jangan  fikir bahawa rakyat tidak cerdik dan boleh dipesong berkali kali dengan kepetahannya berhujah .

Tegas beliau lagi Anwar telah menonjolkan dirinya dengan suatu imej alim dan bersih dari rasuah tetapi  sekarang semuanya telah diketahui orang ramai sehingga  isterinya Datin Seri Wan Azizah seakan tidak mampu lagi untuk menutup sandiwara tersebut.

“Rakyat sedang menanti apa kesudahan isu ini..SPRM, Polis mesti segera siasat pihak-pihak  anyg berkaitan, jangan bertangguh agar kebenaran diperolehi.

“ Oleh sebab Wan Azizah terus membisu, maka kita mahu Karpal Singh, Guan Eng, Kit Siang dan Hadi Awang, Nik Aziz pertahankan Anwar dalam pembongkaran kegiatan RM3 billion itu dan lain-lain tuduhan terhadap Anwar yang dibuat oleh Ummi Hafilda dan TIBAI”, ujarnya.

Jelas beliau sekiranya  Karpal, Guan Eng, Kit Siang dan Hadi Awang, Nik Aziz mahu  mempertahankan Anwar ianya perlu dibuat dengan fakta-fakta kukuh atau pernyataan bersumpah (SD).

“Kita tidak mahu jawapan politik kosong sahaja yang retorik atau cuba untuk mengelak dari berdepan dengan kebenaran”, katanya. -MediaUMNO

Tiada ulasan: