Gara-gara
terlalu lantang mengkritik, Zuraida Kamaruddin(PKR-Ampang) ditempelak
Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak kerana membangkitkan beberapa isu tidak
berkaitan pada persidangan Dewan Rakyat, Isnin.
Sambil menyifatkan
tindakan Ketua Wanita Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu tidak
mencerminkan ketertiban seorang wanita, Perdana Menteri memaklumkan
jawatan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat yang
dipegangnya kini hanya sementara hingga Pilihan Raya Umum (PRU) akan
datang.
“Yang berhormat berkenaan tidak mencerminkan kesopanan sebagai seorangwanita…mulut dia boleh tahan.
“Wanita kita (Barisan Nasional) jauh lebih baik daripada wanita sebelah sana (pembangkang).
“Tak usah
gusar, saya pegang sementara sahaja sampai pilihan raya. Bila BN menang
nanti insya-Allah kita beri wanita ambil alih kementerian,” katanya
pada sesi soal jawab lisan Dewan Rakyat.
Kehadiran
Perdana Menteri mencuri tumpuan apabila beliau pertama kali hadir
menjawab soalan lisan Dewan Rakyat selepas mengambil alih jawatan
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat daripada Datuk Seri
Shahrizat Abdul Jalil pada 8 April lalu.
Terdahulu Zuraida ketika mengemukakan soalan tambahan, Zuraida secara lantang mempersoalkan tindakan Najib mengambil alih jawatan itu kerana mendakwa ia seharusnya diberikan kepada wanita sebagai bukti pelaksanaan dasar 30 peratus wanita sebagai pembuat keputusan.
Terdahulu Zuraida ketika mengemukakan soalan tambahan, Zuraida secara lantang mempersoalkan tindakan Najib mengambil alih jawatan itu kerana mendakwa ia seharusnya diberikan kepada wanita sebagai bukti pelaksanaan dasar 30 peratus wanita sebagai pembuat keputusan.
Malah Zuraida turut mencabar Najib membubarkan Parlimen bagi membolehkan PRU-13 diadakan.
Bagaimanapun
Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar
menegur tindakan Zuraida yang seolah-olah membangkitkan isu-isu yang
tidak releven dengan soalan asal yang dikemukakan.
“Saya dengar Perdana Menteri menjawab dengan peradaban yang amat baik,” katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan