HALAMAN SANTAI

Isnin, 25 Jun 2012

Ummi tidak gentar dengan ugutan

KL TODAY


 
Ahli Perniagaan, Ummi Hafilda Ali tidak gentar dengan ugutan mahupun ancaman, sebaliknya akan terus menyerang dan membunuh segala hipokrasi Datuk Seri Anwar Ibrahim dan abangnya, Azmin. Bagi wanita itu, negara kini berada di tahap kritikal ekoran sikap Anwar serta Azmin yang jika tidak dibendung akan memudaratkan negara.

”Seluruh kepimpinan UMNO perlu membantu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin sebab kita berada di tahap kritikal kerana Anwar dan Azmin melakukan hipokrasi yang dahsyat di seluruh negara.

“Kita jangan takut pada ancaman, jangan takut pada ugutan dan kalau niat kita betul, perjuangan kita betul, rakyat pasti akan menerima apa yang kita sampaikan.

“Tetapi saya sedih, sebab ramai ahli yang berhormat dalam UMNO tidak turun padang menyerang dan membunuh segala hipokrasi Anwar dan Azmin sedangkan mereka ada jawatan dalam kepimpinan parti,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui Utusan Malaysia selepas ceramah bongkar Siapa Pak Sheikh Musang Berjanggut Tali Barut Yahudi di Dataran Perantau Damai, Kawasan Perniagaan Keratong 8, 9 dan 10 di sini malam tadi.

Ceramah selama tiga jam bermula pukul 9 malam itu ternyata berjaya memukau kira-kira 6,000 orang yang hadir dengan kupasan menarik Ummi Hafilda tentang siapa sebenarnya Anwar dan Azmin.

Mereka bukan sahaja tidak berganjak malah tidak berborak kerana semuanya fokus kepada setiap isi yang disampaikan.

Ummi Hafilda juga mampu membuai perasaan penonton sehingga ada yang sebak apabila beliau menceritakan mengenai sejarah dirinya ditangkap 50 anggota polis.

“Malam ini kita dapat lihat lautan manusia yang tidak berganjak sehingga saya tamat berceramah. Inilah yang saya katakan kalau niat kita betul, perjuangan kita betul rakyat pasti akan menerimanya. Walaupun kawasan pembangkang sekalipun, kita jangan takut untuk masuk bagi menyatakan kebenaran.

“Jadi, mesej yang ingin saya sampaikan kepada pimpinan UMNO ialah kita jangan buat program syok sendiri, dalam kalangan ahli UMNO saja, sebab itu kita kalah pada 2008 kerana tidak belajar daripada kesilapan,” katanya.

Tiada ulasan: