TERKINI
KUALA LUMPUR— Putrajaya harus lebih telus tentang
statistik jenayah dan membuat perubahan yang drastik dalam memperbaiki
persepsi dan pandangan masyarakat ke atas keselamatan mereka, kata Ahli
Parlimen Petaling Jaya Utara (PJU), Tony Pua hari ini.
Setiausaha Publisiti DAP itu (gambar fail)
juga berkata hari ini bahawa Menteri Dalam Negeri masih lagi tidak
mendedahkan statistik secara terperinci berdasarkan jenis jenayah
mengikut pecahan di daerah-daerah seluruh negara walaupun berulang kali
memintanya di Parlimen.
“Satu masalah utama ialah polis menyembunyikan statistik sebenar dan hanya memberitahu maklumat untuk menyenangkan hati orang ramai, dan tiada siapa boleh percaya statistik yang diberikan oleh Polis, Pemandu dan Kementerian Dalam Negeri,” kata Pua dalam sidang media di sini.
“Jangan hanya memberi statistik yang nak menyenangkan hati dan tidak memberitahu maklumat jenayah secara terperinci,” katanya lagi.
Beliau juga tidak bersetuju dengan kenyataan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishamuddin Hussein semalam bahawa “persepsi” masyarakat terhadap keselamatan lebih penting dari kejadian jenayah yang sedia ada.
“Sebarang perubahan dalam persepsi tidak akan datang dari “statistik menyenangkan hati” sebaliknya maklumat yang telus tentang statistik jenayah untuk memastikan perubahan berlaku dalam masyarakat,” katanya lagi.
Ahli parlimen Petaling Jaya Utara (PJU) itu juga tidak bersetuju dengan kenyataan menteri dalam negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein semalam tentang persepsi orang awam tentang keadaan keselamatan lebih penting dari kadar jenayah sebenar.”Sebarang perubahan dalam persepsi tidak datang dari ‘statistik untuk menyedapkan hati’ tetapi daripada ketelusan dengan statistik jenayah dan memastikan keadaan menjadi lebih baik di luar sana,” kata Pua.
Sementara itu rakannya, Adun Subang Jaya, Hannah Yeoh berkata adalah penting bagi pihak berkuasa untuk mengeluarkan data tentang “jenis jenayah yang dilakukan” untuk pengetahuan umum.
“Kita tidak lagi bercakap tentang persepsi orang awam, tetapi kita mahu tahu jenayah sebenar.
“Mereka (pihak berkuasa) harus keluarkan statistik sebenar supaya orang awam tahu senjata jenis apakah yang digunakan dan cara yang dilakukan oleh penjenayah,” kata Hannah lagi.
Pua bersetuju dengan Hannah dan berkata jika ini dilakukan, orang awam boleh bersiap sedia untuk berhadapan dengan sebarang kemungkinan jika berada di kawasan sering berlaku jenayah.
“Ini penting supaya orang awam boleh mengelak tempat spesifik berlakunya jenayah dan jika mereka berada di tempat itu, mereka boleh membuat tindakan pencegahan,” kata Pua.
Pua mahu kerajaan bertindak segera dan mengeluarkan statistik sebenar dengan segera setiap bulan, klasifikasikan mengikut kategori mengikut bulan, daerah berlakunya jenayah dan memuatkan data ini di dalam laman sesawang milik kerajaan.
“Jika polis tidak boleh menjamin keselamatan rakyat, sekurang-kurang berilah rakyat mengambil langkah berjaga-jaga dengan memberitahu tempat berlakunya jenayah dan jenayah jenis apa yang sering berlaku,” kata ahli parlimen itu.
“Pihak berkuasa mesti telus dalam mengeluarkann data jenayah.
“Walaupun ia mungkin tidak baik sekarang tetapi ia mampu mengembalikan keyakinan rakyat pada masa akan datang,” kata Pua lagi.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan