Seorang
pegawai polis berpangkat Inspektor yang mengamuk dan mencederakan dua
pekerja hotel dua bintang di Seremban 2, di sini, Selalu lalu, didakwa
di mahkamah hari ini.
Timbalan Ketua Polis negeri, Datuk Abdul Manan Md
Hassan berkata, pihaknya sudah melengkapkan kertas siasatan kejadian
itu dan laporan siasatan diserahkan kepada pihak pendakwaan.
“Kita menahan pegawai polis terbabit kira-kira jam 10 pagi Selasa lalu dan direman dua hari bagi membantu siasatan tetapi dibebaskan hari ini (semalam) dengan jaminan polis.
“Kita
serahkan tindakan selanjutnya kepada mahkamah dan pegawai polis
terbabit tidak akan terlepas daripada dikenakan tindakan tatatertib,”
katanya kepada pemberita semalam.
Menurutnya,
pihaknya tidak akan berkompromi dengan mana-mana anggota mahupun
pegawai yang terlibat dengan kejadian mencemarkan nama baik Polis
Diraja Malaysia (PDRM).
Abdul
Manan berkata, siasatan pihaknya mendapati pegawai polis berusia 32
tahun itu mahu menginap di hotel berkenaan untuk berehat selepas pulang
bercuti bersama seorang lagi anggota polis.
“Insiden dipercayai berpunca daripada salah faham mengenai harga pembelian aiskrim dengan dua pekerja hotel terbabit.
“Pegawai polis berkenaan dipercayai mengalami tekanan perasaan dan dibebani masalah peribadi serta keluarga,” katanya.
“Pegawai polis berkenaan dipercayai mengalami tekanan perasaan dan dibebani masalah peribadi serta keluarga,” katanya.
Menurutnya, pihaknya tidak menemui sebarang senjata pada pegawai polis terbabit ketika ditahan.
“Dia telah
serahkan pistol miliknya sebelum bercuti dan kita tidak mempunyai
maklumat senjata yang digunakannya untuk memukul dua pekerja hotel itu
ketika kejadian adalah pistol.
“Hasil ujian urin juga jelas menunjukkan pegawai polis berkenaan bebas daripada pengaruh dadah dan alkohol,” katanya.
Abdul
Manan berkata, pegawai polis terbabit baru lapan bulan berkhidmat di
Bahagian Siasatan Jenayah Komersial Ibu Pejabat Daerah (IPD) Seremban.
“Sebelum
ini, dia bertugas di bahagian sama di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman,
Kuala Lumpur dan sudah berkhidmat sebagai anggota polis selama 10
tahun.
“Dia tidak mempunyai masalah disiplin sebelum ini berdasarkan semakan rekod peribadi,” katanya.
Menurutnya, kes akan disiasat mengikut Seksyen 324/427 Kanun Keseksaan dan disiasat bersama Seksyen 506 Kanun Keseksaan.
Menurutnya, kedua-dua pekerja hotel terbabit cedera ringan dan menerima rawatan sebagai pesakit luar di Hospital Tuanku Ja’afar.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan