HALAMAN SANTAI

Jumaat, 6 Julai 2012

'K'jaan sukarkan Kristian ke Baitul Maqdis'

 
MALAYSIA KINI

 
Penganut Kristian di Malaysia merungut peraturan kerajaan menyukarkan mereka menunaikan ibadat dengan mengunjungi Baitul Maqdis - tanah suci untuk mereka, Yahudi dan Islam.

Menurut laporan di laman web Wall Street Journal, penganut Kristian sebelum ini hanya mengalami masalah kecil melawat Israel melalui agensi pelancongan untuk tujuan beribadat.

Bagaimanapun, sejak penarikan pembekuan perjalanan ke Israel pada 2010, pelbagai sekatan didapati masih wujud.

NONELaporan itu menyebut, terdapat rungutan apabila pelancong ke Israel sekarang ini perlu memohon melalui gereja masing-masing dan kuota hanya diberikan sebanyak 20 tempat.

Sehingga 2009, tiada kuota ditetapkan dan tiada penglibatan gereja dalam permohonan perjalanan.

Kerajaan bagaimanapun tidak merasakan perkara itu bermasalah.

"Kami tidak menyukarkan mereka untuk pergi ke Baitul Maqdis untuk mengerjakan ibadat mereka. Saya tidak nampak perkara ini sebagai sukar," pegawai di Kementerin Dalam Negeri Wan Muhammad Rumaizi Wan Hussin dipetik sebagai berkata.

Tiada ulasan: