HALAMAN SANTAI

Sabtu, 21 Julai 2012

Majlis Ulama sayap Umno masih dibincang

Wartawan Sinar Harian

Fathul Bari
Fathul Bari
 
 
SHAH ALAM - Pengerusi Jawatankuasa Kerja Sekretariat Ulama Muda Umno (Ilmu), Fathul Bari Mat Jahaya memberitahu, cadangan menjadikan Majlis Ulama sebagai sayap baru parti telah dikemukakan kepada pimpinan tertinggi dan masih dalam perbincangan.

Menurutnya, cadangan itu masih dalam pertimbangan kerana Umno tidak mahu penubuhan Majlis Ulama itu dianggap terlalu bersifat kepartian.

“Saya kemuka cadangan dua tahun lalu untuk wujudkan sayap Majlis Ulama Umno seperti sejarah awal penubuhan parti ini.

“Tetapi kita takut orang ramai akan menganggap apa sahaja fatwa dikeluarkan Majlis Ulama ini hanya untuk politik,” katanya.

Beliau turut menegaskan dalam parti telah wujud biro agama Umno yang diketuai Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom.

Fathul berkata demikian dalam selepas Debat Sinar Harian “PRU13: Orang Muda Pilih Siapa?”, kelmarin.

Debat itu menemukan Fathul Bari dengan Ketua Pemuda Pas, Nasrudin Hassan.

Tiada ulasan: