HALAMAN SANTAI

Sabtu, 21 Julai 2012

Waspada hadiah Ramadan, SPRM beri amaran

Wartawan Sinar Harian

sprm
SPRM
 
 
JOHOR BAHRU - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengingatkan kakitangan awam agar berhati-hati menerima pemberian bersempena sambutan Ramadan sekiranya mempunyai urusan rasmi dengan mana-mana pihak.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan), Datuk Sutinah Sutan berkata, sekiranya kakitangan berkenaan terpaksa menerima pemberian berbentuk hamper dan sebagainya di majlis tertentu, mereka dinasihatkan menyerahkan hadiah itu kepada ketua jabatan masing-masing.

Menurutnya, ketua jabatan yang akan memutuskan sama ada ia layak diterima atau sebaliknya bagi mengelakkan gejala rasuah membabitkan kakitangan awam.

“Pemberian atau hadiah dengan niat meminta pertolongan pihak pemberi, sekali gus menyebabkan si penerima menyalah guna kuasa termasuk sogokan mempercepatkan sesuatu perkhidmatan mampu memberi kerugian kepada negara,” katanya. Sutinah berkata demikian sempena Majlis Menandatangani Ikrar Integriti Korporat Perbadanan Islam Johor Holding Sdn Bhd (PIJH), di The Zone Regency Hotel, di sini, semalam.

Turut hadir, Pengarah Urusan PIJH, Rashid Sihes.

Sutinah berkata, Ikrar Integriti Korporat diperkenalkan sejak dua tahun lepas ialah dokumen menunjukkan sesebuah syarikat yang memberi komitmen memerangi rasuah dalam sektor korporat dan perniagaan.

Tiada ulasan: