HALAMAN SANTAI

Jumaat, 6 Julai 2012

Pemuda DAP: MCA Melaka ‘ahli politik kelas bawahan’

MALAYSIA CHRONICLE

KUALA LUMPUR, – Pemuda Sosialis DAP hari ini menyelar Ketua MCA Melaka kerana menggunakan Dewan Undangan negeri untuk menuduh Lim Guan Eng sebagai penipu besar, dan menggelarkannya sebagai “tindakan politik terdesak” dan penyalah gunaan imuniti perundangan.

Isnin lalu, MCA Melaka dan Adun Duyong, Datuk Gan Tian Loo diberikan kebenaran oleh Speaker Datuk Othman Muhamad untuk mencabar wakil Betty Chew bagi menjawab pertuduhan bahawa suaminya, Lim mempunyai hubungan dan beliau telah menyerang bekas pembantunya berhubung perkara itu.

“Kami cabar beliau (Gan) jika ada bukti, untuk mengulangi tuduhan itu di luar Dewan. Jadi Lim Guan Eng dan Betty boleh mengambil tindakan perundangan dan perkara ini diselesaikan di mahkamah,” kata Anthony Loke (gambar), ketua gerakan tersebut.

“Gagal untuk menyatakan perkara itu membuktikan beliau adalah penipu dan pemimpin politik kelas bawahan untuk berselindung disebalik kekebalan imuniti undang-undang,” kata Loke merujuk kepada kekebalan daripada dikenakan tindakan undang-undang terhadap pemimpin politik di dalam dewan rakyat.

“Tiada video tentang Lim Guan Eng. Jadi jangan samakan beliau dengan diri sendiri,” kata Loke kepada Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek yang pernah “ditangkap” dalam rakaman video.

Dr Chua semalam memuji dirinya kerana berani mengambil tindakan meninggalkan politik sebaik sahaja skandal video seks beliau tersebar.

Lim semalam menafikan mempunyai skandal dengan bekas pembantunya dan menegaskan beliau bukanlah seperti Dr Chua yang mengakui secara terbuka bahawa telah terlibat dengan hubungan seks rambang pada 2008 selepas rakaman video beliau tersebar.

Lim turut menyelar tuduhan Gan bahawa kerajaan Barisan Nasional (BN) mula memburukkan beliau memandangkan pilihan raya semakin hampir dan mencabar Adun Duyong itu untuk mengulangi kenyataannya di luar Dewan yang mana beliau tidak dilindungi untuk diambil tindakan saman.

Loke juga hari ini mendakwa MCA telah “bertindak tersangat rendah untuk melancarkan serangan peribadi kepada ahli dewan undangan negeri.”

Beliau turut mempersoalkan sama ada MCA melancarkan serangan semata-mata untuk “mengalihkan perhatian” berhubung “kegagalan” mereka untuk “melaksanakan janji dan mengumumkan penubuhan sekolah persendirian Cina di Kuantan.”-The Malaysian Insider

Tiada ulasan: