Aspan Alias
Beberapa
tahun dahulu saya menulis satu cerita yang bertajuk “gajah sarkas”.
Saya teringat hendak menulisnya sekali lagi kerana ia amat bertepatan
dengan apa yang telah dilakukan oleh kerajaan terhadap peneroka Felda
berhubung dengan pengapungan sahamnya melalui FGVH pada 28 Jun yang
lalu.Tentulah saya akan tidak digemari kerana mengaitkan cerita gajah
sarkas dengan peneroka Felda yang berjumlah 112,000 keluarga diseluruh
negara.
Di
dalam sesuatu sarkas, gajah lah haiwan yang paling penting dan jika
tidak ada gajah sarkas itu tidak dipanggil sarkas. Semasa sarkas sampai
ke lokasi pertunjukan, gajah lah yang bekerja kuat untuk mengangkat
besi-besi berat untuk membina khemah yang begitu besar. Tanpa gajah
premis sarkas itu amat payah untuk dibangunkan.
Apabila
sarkas itu berpindah gajah hanya berjalan kaki ke lokasi baru jika
lokasi setakat sepuluh atau dua puluh kilometer jauhnya. Haiwan-haiwan
lain seperti harimau dan singa akan pergi ke lokasi baru menaiki lori
dan pengangkutan berbagai jenis tanpa bersusah payah berjalan kaki
seperti gajah sarkas itu.
Yang
paling sedih kita melihatnya ialah semasa makan. Gajah yang begitu kuat
bekerja menggunakan tenaga yang banyak hanya diberi makan rumput dan
daun-daun tebu sahaja. Harimau dan singa akan diberikan daging-daging
lazat dan enak walaupun harimau dan singa tidak menggunakan tenaga
mereka seperti yang digunakan oleh gajah.
Apabila
kita tengok nasib gajah ini saya teringat pula kepada nasib yang
menimpa peneroka Felda. Lima puluh tahun meneroka hutan belantara Felda
akhirnya menjadi agensi yang sangat besar. Felda sangat berjaya
sehinggakan banyak orang terutamanya yang tamak, melihat dan mengintai
Felda sebagai peluang untuk mendapat habuan diatas angin hasil titik
peluh peneroka selama ini.
Didalam penyenaraian Felda melalui FGVH baru-baru ini, hanya 90 juta unit saham sahaja diperuntukan untuk 112 ribu peneroka seluruh nagara. Setelah dibahagi-bahagi sama banyak maka satu keluarga peneroka hanya dapat 810 unit saham FGVH dengan harga RM4.55 sen. Orang awam yang lain telah mendapat jutaan saham terutamanya dikalangan yang penting dalam usaha untuk menyenaraikan Felda ini.
Didalam penyenaraian Felda melalui FGVH baru-baru ini, hanya 90 juta unit saham sahaja diperuntukan untuk 112 ribu peneroka seluruh nagara. Setelah dibahagi-bahagi sama banyak maka satu keluarga peneroka hanya dapat 810 unit saham FGVH dengan harga RM4.55 sen. Orang awam yang lain telah mendapat jutaan saham terutamanya dikalangan yang penting dalam usaha untuk menyenaraikan Felda ini.
Jika
peneroka yang mendapat 810 unit saham itu telah menjualnya sehari dua
yang lalu untuk membayar balik pinjaman mereka dari CIMB maka satu
keluarga dapatlah keuntungan sebanyak lima atau enam ratus ringgit,
sedangkan orang lain yang telah diperuntukan jutaan saham telah
mendapat jutaan ringgit keuntungan dalam sekelip mata sahaja.
Mereka-mereka
ini tidak pernah pun menjejakkan kaki mereka ke tanah rancangan Felda.
Mereka ini ibarat harimau dan singa di dalam sarkas yang mendapat
segala yang enak-enak sedangkan peneroka itu diibaratkan sebagai gajah
sarkas yang telah berhempas pulas tetapi hanya mendapat rumput kering
dan daun-daun tebu sahaja.
Mungkin
itulah nasib jika kita kurang maklumat. Cantik kata orang cantik kata
kita. Orang lain memakan nasinya yang sedap-sedap, peneroka dapatlah
kerak-kerak nasinya.
Orang lain
mendapat lauknya yang lazat-lazat peneroka hanya dapat kuahnya sahaja.
Tetapi mungkin peneroka hanya berpuas hati setakat menghirup kuahnya
sahaja. Ia lah! Kalau makan kuah kari ayam pun, kuah itu rasa ayam
juga.
Kalau peneroka makan kuah daging pun kuahnya itu rasa daging juga.— aspanaliasnet.blogspot.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan