“Seseorang
pemimpin tidak seharusnya terlalu lama memegang jawatan, sebaliknya
perlu berundur apabila tiba masanya walaupun masih popular di kalangan
rakyat,” kata bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.
Tanpa
menjelaskan tempoh tertentu yang sesuai untuk seorang pemimpin
menyandang jawatan, beliau berkata, lebih baik jika pemimpin itu sendiri
sedar masa yang sesuai untuknya berundur.“Pemimpin jangan lama sangat
mentadbir kerana nanti orang bosan. Kita mesti tahu baca pemikiran
orang dan sedar bila harus berundur.
“Bagaimanapun,
keadaan pastinya menjadi tidak baik jika masa yang diberikan kepada
seorang pemimpin adalah terlalu pendek sehingga tidak dapat
melaksanakan apa-apa. Jika masa adalah singkat, perdana menteri tidak
mempunyai masa untuk mempelajari perihal tugasnya dan untuk merumuskan
beberapa dasar untuk dilaksanakan.
“Rakyat
perlu memberi masa kepada pemimpin kecuali pemimpin ini mempunyai sikap
buruk, mengisi poket sendiri atau memberi keutamaan kepada keluarga
beliau. Jika tidak, maka benarkan dia untuk memimpin sekurang-kurangnya
satu penggal,” katanya ketika sidang akhbar majlis Diskusi Kepimpinan
Perdana Mahasiswa UTM bersamanya di Dewan Sultan Iskandar UTM di sini,
hari ini.
Hadir
sama, Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman; Pengerusi
Jawatankuasa Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Pelajaran dan Pengajian
Tinggi negeri, Datuk Maulizan Bujang; Naib Canselor UTM, Prof Datuk Ir
Dr Zaini Ujang.
Dr Mahathir yang menjadi Perdana Menteri selama 22 tahun berkata, seseorang pemimpin itu juga mesti sedia untuk ditegur dan dicabar oleh mana-mana pihak sekiranya perjuangan untuk membangunkan rakyat serta negara lari daripada landasan asal.
Dr Mahathir yang menjadi Perdana Menteri selama 22 tahun berkata, seseorang pemimpin itu juga mesti sedia untuk ditegur dan dicabar oleh mana-mana pihak sekiranya perjuangan untuk membangunkan rakyat serta negara lari daripada landasan asal.
“Saya
fikir pemimpin harus terbuka kepada sebarang teguran atau malah
cabaran. Pada masa saya (sebagai Perdana Menteri), saya menerima cabaran
dari Tengku Razaleigh Hamzah dan Tun Musa Hitam di samping terdapat
juga pihak yang marah dengan saya.
“Selain
itu, kita perlu untuk menegur mereka (pemimpin) bila ada peluang untuk
berbuat sedemikian, tetapi tidak dalam cara marah atau penghinaan. Jika
mereka sentiasa disanjung, mereka akan terus fikir apa yang mereka
buat sentiasa betul,” katanya.
Mengulas
mengenai Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), Mahathir berkata, masalah
yang timbul dalam Barisan Nasional (BN) pada ketika ini adalah terlalu
ramai pemimpin yang menganggap diri masing-masing sebagai calon
terbaik.
Katanya, apabila tidak dipilih sebagai calon, timbul pula situasi di mana golongan berkenaan bertindak tidak memberi sokongan kepada calon dipilih daripada meraih kemenangan.
Katanya, apabila tidak dipilih sebagai calon, timbul pula situasi di mana golongan berkenaan bertindak tidak memberi sokongan kepada calon dipilih daripada meraih kemenangan.
“Satu lagi
perkara yang menghalang BN daripada menang majoriti dua pertiga secara
dengan mudah adalah tindakan pembangkang yang menyemai perasaan benci
dan mempengaruhi pemikiran rakyat agar melupakan perkara-perkara baik
yang sudah dilakukan kerajaan.
“Harus
diingat bahawa tiada pemimpin yang sempurna. Cuma rakyat perlu menilai
baik dan buruk dan segalanya bergantung kepada kebijaksanaan mereka
untuk memilih. Jika mereka membuat pilihan dengan perasaan benci dan
marah atau rasuah saya fikir mereka tidak akan mendapat pemimpin yang
baik,” katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan