| Harakahdaily, |
Setiausaha Dewan Ulama PAS Pusat, Dr Khairuddin A. Razali (gambar) berkata, mempertikai dan menghina undang-undang dan hukum-hakam Islam yang menjadi agama Persekutuan merupakan satu sikap yang tidak bertanggungjawab daripada seorang pemimpin bagi parti yang memerintah.
“Perbuatan tersebut mengundang persengketaan agama dan merosakkan perpaduan rakyat Malaysia,” ujarnya dalam satu kenyataan.
Beliau berkata, Islam menjadi teras bagi negeri-negeri Melayu yang bergabung dalam Malaysia sejak berabad lamanya.
“Penduduk majoriti Malaysia juga adalah beragama Islam. Islam diberikan kedudukan istimewa dalam perlembagaan Malaysia,” katanya.
Beliau menegaskan, sikap biadap terhadap Islam adalah akhlak terburuk dan terhina dari seorang yang bergelar pemimpin.
Katanya, rakyat Malaysia yang bersendikan Kesopanan dan Kesusilaan perlu membantah kewujudan sikap dan pemimpin sebegini kerana mengundang kepada permusuhan dan merosakkan keharmonian negara.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan