HALAMAN SANTAI

Selasa, 9 Oktober 2012

DBKL didakwa aniayai peniaga Melayu

KL TODAY

 

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) tergamak menganiaya 80 peniaga Melayu dengan menghalang mereka berniaga pasar malam Kampung Kerinchi, dekat sini semalam.

Ketua Angkatan Muda KEADILAN Lembah Pantai, Abdullah Izhar Mohd Yusof berkata, tindakan itu mengakibatkan mereka kecewa, seterusnya tradisi pasar malam setiap Isnin dan Jumaat tinggal sejarah.

“Pasar malam ini sudah berpuluh-puluh tahun diadakan, ada peniaga yang mencari rezeki sudahpun masuk generasi ketiga.

“Ini punca rezeki mereka. Sebelum ini peniaga minta dengan DBKL supaya beri tapak sementara untuk terus berniaga tapi tidak ambil peduli,” katanya kepada Keadilan Daily.

Beliau kesal kerana DBKL angkuh walaupun Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar cuba berbincang untuk membela nasib peniaga pasar malam itu.

Malah rayuan untuk terus berniaga tidak dihiraukan Menteri Wilayah dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Zainal Abidin.

“Pemaju mengadu kepada DBKL tapi masalahnya pembinaan hanya bermula tahun depan, tiada asas DBKL untuk halang peniaga berniaga.

“DBKL langsung tak benarkan peniaga meniaga. Pasar malam ini tidak akan menganggu lalu lintas kerana hanya ada satu deret sahaja,” katanya.

Berikutan itu, Ahli-ahli Parlimen Pakatan Rakyat Wilayah Persekutuan merancang mengadakan perjumpaan dengan Datuk Bandar Kuala Lumpur mengenai pengusiran peniaga terbabit.
Sumber: KeadilanDaily.com

Tiada ulasan: