HALAMAN SANTAI

Jumaat, 5 Oktober 2012

Dr Puad: PR seperti 'cacing kepanasan' lihat rakyat gembira 4 Oktober 2012 Dr Mohd Puad Zarkashi Timbalan Menteri Pelajaran, Dr Puad Zarkashi KUALA TERENGGANU - Pakatan Rakyat (PR) kini seperti cacing kepanasan apabila melihat rakyat gembira dengan apa yang dijanjikan Bajet 2013, oleh itu cuba mengalih perhatian dengan perhimpunan 3 November, kata anggota Majlis Tertinggi Umno, Dr Mohd Puad Zarkashi. "Mereka cuba mengalih pandangan rakyat daripada belanjawan yang menggembirakan mereka itu," kata Timbalan Menteri Pelajaran itu kepada pemberita selepas merasmikan Seminar Keibubapaan dalam Menangani Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender (LGBT) peringkat negeri Terengganu di Stadium Negeri hari ini. Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu semalam mengumumkan PR akan menganjurkan Himpunan Kebangkitan Umat di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 3 November bagi menyatakan pendirian berkenaan lapan tuntutan Bersih 2.0. Menurut pembangkang. perhimpunan itu bagi meneruskan tuntutan lapan perkara di bawah Bersih 2.0, yang tidak mendapat maklum balas kerajaan dan semakin dilupai, katanya . "Mereka ini sudah tidak boleh menutup kelemahan seperti pendedahan isu Talam dan penggunaan jet peribadi yang dibangkitkan. Mereka tidak boleh nak jawab. Maka, apa yang mereka boleh buat nak menutup pendedahan demi pendedahan ini ialah dengan mengadakanlah perhimpunan seperti itu. "Sebab itulah, mereka menggunakan perhimpunan 3 November ini dan dengannya terbukti Bersih 3.0 gagal menarik sokongan rakyat," katanya. - Bernama

SINAR HARIAN

Dr Mohd Puad Zarkashi
Timbalan Menteri Pelajaran, Dr Puad Zarkashi
 
KUALA TERENGGANU - Pakatan Rakyat (PR) kini seperti cacing kepanasan apabila melihat rakyat gembira dengan apa yang dijanjikan Bajet 2013, oleh itu cuba mengalih perhatian dengan perhimpunan 3 November, kata anggota Majlis Tertinggi Umno, Dr Mohd Puad Zarkashi.

"Mereka cuba mengalih pandangan rakyat daripada belanjawan yang menggembirakan mereka itu," kata Timbalan Menteri Pelajaran itu kepada pemberita selepas merasmikan Seminar Keibubapaan dalam Menangani Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender (LGBT) peringkat negeri Terengganu di Stadium Negeri hari ini. 

Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu semalam mengumumkan PR akan menganjurkan Himpunan Kebangkitan Umat di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 3 November bagi menyatakan pendirian berkenaan lapan tuntutan Bersih 2.0.

Menurut pembangkang. perhimpunan itu bagi meneruskan tuntutan lapan perkara di bawah Bersih 2.0, yang tidak mendapat maklum balas kerajaan dan semakin dilupai, katanya .

"Mereka ini sudah tidak boleh menutup kelemahan seperti pendedahan isu Talam dan penggunaan jet peribadi yang dibangkitkan. Mereka tidak boleh nak jawab. Maka, apa yang mereka boleh buat nak menutup pendedahan demi pendedahan ini ialah dengan mengadakanlah perhimpunan seperti itu.

"Sebab itulah, mereka menggunakan perhimpunan 3 November ini dan dengannya terbukti Bersih 3.0 gagal menarik sokongan rakyat," katanya. - Bernama

Tiada ulasan: