Sepertimana yang di muatkan dalam facebook, satu sesi penerangan berhubung dengan pengambilan tanah takyat khususnya yang terlibat dengan kampong Tanjung Kuala Terenggganu akan diadakan pada hari Jumaat 5hb. Oktober, 2012. Pada Jam 8.45 malam di Surau Hj Mat Littor, Kampong Tanjung Kapor.
Sebuah NGO yang beribu pejabat di Kuala Lumpur, baru-baru ini telah menubuhkan sebuah sekretariat di Kuala Terengganu yang saya sendiri sebagai Pengerusi bersama akan di gerakkan untuk membantu penduduk kampong Tanjung bagi mendapatkan pembelaan berhubung dengan ketidakadilan dalam isu pengambilan tanah.
Kita tidak mahu lagi peristiwa pahit yang melanda penduduk kampong Ladang berulang lagi di kampong Tanjung.
Tujuan sesi penerangan tersebut untuk memberi kesedaran kepada penduduk kampong Tanjung amnya dan seluroh penduduk bandar Kuala Terengganu seperti jalan Banggol dan Paya Keladi yang mana kampong-kampong ini akan dilenyapkan demi pembangunan.
Kita mengharapkan selepas sesi penerangan nanti akan terbentuklah sebuah J/K Bertindak yang terdiri dari penduduk kampong Tanjung untuk meneruskan pembelaan nasib mereka.
Saya juga sedar yang tarikh 5hb. Okt 2012 adalah hari perayaan PGU di Setiu tetapi kami tidak ada pilihan tarikh kerana itulah tarikh yang ada untuk membawa seorang peguam terkenal dari Johor yang telah terlibat dengan isu pengambilan tanah di Pengerang, Johor di samping penerangan oleh Dato' Seri Haji Abd Rahman Maidin, bekas Yang di Pertua Dewan Perniagaan Melayu Malaysia yang juga seorang penggerak Institut Peduli Rakyat (IPR).
Ia di tubuhkan untuk cakna permasaalahan rakyat dalam isu pengambilan tanah yang semakin hari semakin tidak terbela walaupun slogannya Rakyat Di Dahulukan.
IPR sebuah NGO bebas yang tidak ada kaitan dengan badan politik bertujuan merapatkan semua rakyat tanpa mengira fahaman politik dalam isu pengambilan tanah.
Justeru saya menjemput semua pihak yang agar dapat bersama kami dalam majlis penerangan tersebut.
Salam perjuangan dari saya,
Haji Salleh Embong
Pengerusi Gerakan Pebelaan Tanah Rakyat Terengganu (GEMPAR)
Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Tanah Kampung Banggol Donas
Tiada ulasan:
Catat Ulasan