Pakatan Rakyat sama sekali tidak pernah membuat senarai calon bagi mengisi jawatan dalam Kabinet, kata Dr Tan Seng Giaw.
KUALA LUMPUR: ‘Kabinet Bayangan’ tak pernah wujud kerana ia tidak pernah dibangkitkan dalam mesyuarat tertinggi Pakatan Rakyat, kata Ahli Parlimen DAP-Kepong Dr Tan Seng Giaw.
Naib Pengerusi DAP itu menegaskan, Pakatan Rakyat sama sekali tidak pernah membuat senarai calon bagi mengisi jawatan dalam Kabinet sekaligus menyifatkan senarai itu hanya rekaan semata-mata.
“Siapa yg buat senarai? Senarai tu bukan ditetapkan dalam mesyuarat kepimpinan Pakatan. Saya tak tahu.
Hampir setiap mesyuarat Pakatan saya hadir tapi tak pernah dibincangkan pun,” katanya kepada pemberita ketika ditemui hari ini.
Walaupun mengakui Pakatan mempunyai calon pemimpin yang layak dan berwibawa, namun katanya itu tidak menjamin kedudukan mereka dalam Kabinet sekiranya mereka tewas dalam Pilihan Raya Umum (PRU13).
“Kita ada pemimpin yang layak cuma di mana-mana pun saya pernah lihat malah di United Kingdom Kabinet bayangan tidak boleh diwujudkan sebab jika lepas PRU dia kalah, mana bolah jadi ahli menteri lagi, itulah masalah kita.
“Kita tak mahu satu pertikaian yang berlaku dalam hari ini,” tegasnya.
Tambahnya, kuasa mutlak terletak ditangan bakal Perdana Menteri untuk menentukan pemimpin yang layak.
“Kita belum tahu lagi. Bila kita menang PRU13 baru kita buat keputusan siapa yang layak, siapa yang tak. Perdana Menteri berhak pilih orang yang paling berkaliber.
Beliau turut menepis dakwaan 20 pemimpin PKR yang didakwa Ketua Penerangan PKR Selangor Shuhaimi Shafiei akan menerajui jemaah menteri sekiranya menerajui Putrajaya.
“Itu direka-reka…kenapa kita perlu keluarkan (senarai) sekarang kerana kita tak tahu siapa yang akan menang dan siapa yang tidak.
“Dalam erti kata lain, senarai Kabinet itu akan terpulang kepada rakyat untuk tentukannya,” katanya.
Beliau bagaimanapun menjamin jawatan menteri akan diagihkan secara adil dan saksama dalam ketiga-tiga parti PKR, PAS, dan DAP selaras dengan konsep Pakatan Rakyat.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan