MALAYSIA KINI
Timbalan
Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Chua Tee Yong mempersoalkan
kegagalan Pakatan Rakyat memasukkan janji pilihan raya untuk menurunkan
harga petrol dan menghapuskan tol dalam belanjawan alternatif mereka."Bagaimanapun, pengumuman penting itu tidak dimasukkan dalam belanjawan 2013 mereka. Kalau begitu, bagaimana harga petrol akan turun? Bagaimana pengiraannya?
"Bukan itu sahaja, mereka juga berjanji untuk menghapuskan tol jika Pakatan berkuasa. Tetapi perkara ini juga tidak disebut dalam belanjawan mereka," kata Chua dalam kenyataannya semalam.
Belanjawan alternatif Pakatan yang dikeluarkan awal bulan lalu bagaimanapun memasukkan rancangan menamatkan konsesi lebuh raya terpilih membabitkan kos sebanyak RM6 bilion.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan