HALAMAN SANTAI

Ahad, 7 Oktober 2012

Mengapa Johor luluskan 22, 500 ekar?

 
Syarikat Dialog Berhad hanya memerlukan 6, 424 ekar tetapi entah mengapa kerajaan negeri mengurniakan 22,500 ekar tanah untuk projek keseluruhannya.



PETALING JAYA: Presiden Persatuan Anak Peneroka Kebangsaan (ANAK) Mazlan Aliman mendakwa kerajaan Johor sengaja meluluskan 22, 500 ekar tanah walaupun keluasan yang diperlukan 6, 424 ekar saja.

“Syarikat Dialog Berhad hanya memerlukan 6, 424 ekar tetapi entah mengapa kerajaan negeri mengurniakan 22,500 ekar tanah untuk projek keseluruhannya.

“Dialog telah menawarkan saham sebanyak 10 peratus kepada kerajaan negeri Johor. Dialog juga tidak akan berdepan dengan bantahan penduduk kampung yang tanahnya terlibat.

“Sebaliknya, soal pampasan, memindahkan penduduk, majlis penerangan dan hal-hal yang berkaitan adalah tanggungjawab kerajaan negeri,” kata beliau.

Mazlan yang juga pemimpin PAS Johor turut mendakwa kerja-kerja memindahkan penduduk terlibat mesti berjalan mengikut jadual kerana sebarang kelewatan merugikan syarikat- Dialog.

Saham

“Kerja-kerja memindahkan 927 keluarga dari tujuh kampung iaitu Sungai Kapal, Teluk Empang, Langkah Baik, Sebong, Batu Mas, Kampung Jawa dan Sungai Buntu ke lokasi cadangan tanah seluas 387 ekar di Kampung Datuk Abd Ghani Othman,” tambahnya.

Manakala Timbalan Pesuruhjaya PAS negeri, Zulkifli Ahmad berkata, pihaknya mempersoalkan mengapa projek RAPID dibuat di atas tanah milik nelayan dan bukan tanah milik kerajaan yang menjadi tapak pemindahan mereka.

“Sepatutnya ia dilaksanakan di kawasan pemindahan nelayan itu supaya nelayan terus boleh mencari rezeki,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Beliau juga menyarankan supaya pemilik tanah yang terbabit dengan pemindahan diberikan saham supaya mereka mendapat manfaat dalam jangka panjang.

Katanya, kaedah ini telah digunakan di Belanda dan negara-megara Eropah lain.

Zulkifli memberitahu, penduduk yang terbabit dengan projek ini juga telah diberi notis supaya berpindah.

Tiada ulasan: