RAHSIA SUDAH PECAH!!!!.. SETIAP PESERTA PERHIMPUNAN HIJAU MEMBANTAH PROJEK PETROKIMIA PENGERANG PADA 30HB SEPTEMBER 2012 YANG LALU, DIBAYAR RM30 SEORANG??????
http://omakkau.blogspot.com/
MP Pengerang Azalina Othman dakwa setiap peserta perhimpunan dibayar
Mereka yang mengambil bahagian dalam perhimpunan Himpunan Hijau membantah projek petrokimia Pengerang pada 30 September lalu masing-masing telah dibayar RM30, dakwa Ahli Parlimennya, Datuk Azalina Othman hari ini.
Membahaskan bajet di Dewan Rakyat, Azalina berkata itulah sebabnya pihak penganjur berjaya menarik orang ramai, yang didakwanya kebanyakannya orang luar, untuk menghadiri perhimpunan tersebut.
Azalina berkata pihak penganjur mendakwa perhimpunan itu dihadiri 7,000 tetapi beliau sebaliknya mendakwa telah difahamkan hanya 3,000 orang yang hadir kerana kawasan tersebut kecil.
Oleh itu, beliau tidak tahu bagaimana kawasan itu boleh memuatkan seramai 7,000 orang, sambil mendakwa ramai daripada mereka yang hadir itu adalah orang luar dan dibayar RM30 setiap orang.
Kenyataan itu mendorong Nurul Izzah Anwar (PKR-Lembah Pantai) bangkit untuk mencelah bagi mendapatkan penjelasan mengenai asas tuduhan tersebut, tetapi Azalina enggan memberi laluan kepadanya untuk bercakap...M'SIAKINI
INI DINAMAKAN TUDUH TETAPI TIADA BUKTI...TUDUH PAKAI AIR LIUR BASI... BILA DIMINTA LALUAN UNTUK MENCELAH LANGSUNG TAK BERANI NAK BERI..KALAU SURUH ULANG SEMULA PERTUDUHAN BERBENTUK FITNAH INI DILUAR PARLIMEN, TAUBAT LAHUM TAK BERANI PUNYA.
SEKADAR BERANI DALAM PARLIMEN SEBAB DIBERI PERLINDUNGAN DARI SEBARANG TINDAKAN UNDANG-UNDANG NEGARA..
MACAM MANA PERANGAI PEMIMPIN TERTINGGI UMNO BEGITU JUGALAH PARA LEFTENANNYA..





Tiada ulasan:
Catat Ulasan