"Keputusan mengenai siapa akan bertanding dalam pilihan raya, siapa akan (jadi MB), hanya akan diumumkan sekiranya perlu.
"Jadi kebiasaannya komen-komen ini, bukanlah komen daripada Pakatan Rakyat sebagai satu kumpulan," kata Khalid.
Bercakap dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat exco, Khalid bagaimanapun melihat kenyataan Azmin itu dari sudut yang positif.
Dengan berjenaka, beliau berkata perkara itu juga menunjukkan beliau bukan sahaja dilihat mampu berkhidmat di peringkat negeri tetapi juga di peringkat persekutuan.
'Bukan pelaksanaan exco'
"Nampaknya saya pun boleh bekerja di kerajaan persekutuan. Dan saya pun boleh bekerja di kerajaan negeri. Saya tengok secara positif," kata Khalid sambil ketawa kecil.
Azmin juga lewat petang ini meminta semua pihak, termasuk media tidak melaga-lagakannya dengan Khalid berhubung dakwaan berkenaan.
Sementara itu, Khalid juga berkata beliau akan berbincang dengan Jabatan Perkhidmatan Awam dan setiausaha kerajaan negeri berhubung isu pertukaran Datuk Bandar Petaling Jaya Datuk Roslan Sakiman.
"Buat masa ini, ia kekal status quo sehingga pada satu masa, perbincangan selesai diadakan dengan Jabatan Perkhidmatan Awam, Setiausaha kerajaan negeri dan saya sendiri," katanya.
Menurutnya, beliau juga telah menulis surat kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz bagi membincangkan keputusan JPA berhubung cadangan perlantikan tersebut.
"Jadi saya pasti akan menyelesaikan (perkara ini) dengan pihak yang bertanggungjawab sehingga kami menghasilkan satu keputusan," katanya.
Beliau turut mengulas mengenai keputusan Mahkamah Tinggi Shah Alam yang membenarkan rayuan Permodalan Yayasan Basmi Kemiskinan Sdn Bhd (PYBK) berhubung sebidang tanah milik yayasan itu.
Katanya, kerajaan negeri menerima keputusan mahkamah yang membatalkan keputusan merampas dan menolak bayaran cukai ke atas tanah milik PYBK, dan akan merayu jika perlu.
"Tetapi keputusan mahkamah itu untuk satu bidang tanah sahaja tetapi tanah yang mereka tidak membayar premium, tidak akan dipersoalkan dalam pengambilan balik tanah oleh kerajaan negeri," katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan