HALAMAN SANTAI

Isnin, 8 Oktober 2012

Undi-Soros: MB Selangor sangkal Mahathir ARZIANA MOHMAD AZAMAN 7 Oktober 2012 Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim IJOK - Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menyifatkan kenyataan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa mengundi Pakatan Rakyat (PR) pada Pilihan Raya Umum ke-13 adalah undi kepada spekulator mata wang George Soros, sebagai satu lagi cubaan menakutkan rakyat. “Dr Mahathir turut menuduh pemimpin tertinggi PKR mempunyai ikatan dengan Soros dan saya hairan kenapa beliau boleh bercakap begitu? “Saya percaya rakyat dan ahli cabang PKR tidak tertipu dan percaya tiada penduduk di sini pun mengenali Soros,” katanya dalam ucapan merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan PKR 2012 di Dewan Harmoni Ijok, hari ini. Dr Mahathir mendakwa demikian dalam sebuah akhbar berbahasa Inggeris hari ini. Abdul Khalid yang juga Ketua Cabang Kuala Selangor turut kecewa dengan sikap segelintir ahli yang cuba memperlekehkan parti dan masih was-was dengan kekuatan Pakatan Rakyat yang berhasrat untuk menawan Putrajaya pada pilihan raya umum akan datang. “Saya mengakui masih ada ahli yang sanggup ‘makan’ dan memijak ahli lain demi kepentingan diri sendiri sedangkan kita perlu bersatu serta bersikap matang dalam mencapai matlamat parti,” katanya. Dalam mesyuarat yang dihadiri 153 ahli turut menimbulkan kekecohan apabila beberapa ahli mempertikaikan minit mesyuarat yang didakwa tidak mengikut perlembagaan termasuk tiada tandatangan pengesahan oleh Pengerusi Tetap sebelum minit itu disokong. Lebih menggamatkan suasana, soalan bertalu-talu terbabit seolah-olah tidak menghormati perjalanan majlis sekali gus menjadikan keadaan dalam dewan kelam-kabut dan menyebabkan Pengerusi Tetap, Ibrahim Mahidin terpaksa menenangkan keadaan. Ahlinya, Mazli Saring menyelar tindakan meneruskan mesyuarat tersebut meskipun beberapa ahli mempersoalkan cara pengendaliannya yang didakwa tidak mengikut perlembagaan parti. “Bagaimana kita mahu menawan Putrajaya sekiranya ahli jawatankuasa sendiri gagal mengendali mesyuarat kecil seperti ini dan sentiasa mengulangi kesalahan yang sama seolah-olah mereka tidak buat kerja dengan sempurna,” katanya.

ARZIANA MOHMAD AZAMAN

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim
Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim
 
IJOK - Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menyifatkan kenyataan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa mengundi Pakatan Rakyat (PR) pada Pilihan Raya Umum ke-13 adalah undi kepada spekulator mata wang George Soros, sebagai satu lagi cubaan menakutkan rakyat.

“Dr Mahathir turut menuduh pemimpin tertinggi PKR mempunyai ikatan dengan Soros dan saya hairan kenapa beliau boleh bercakap begitu?

“Saya percaya rakyat dan ahli cabang PKR tidak tertipu dan percaya tiada penduduk di sini pun mengenali Soros,” katanya dalam ucapan merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan PKR 2012 di Dewan Harmoni Ijok,
hari ini.

Dr Mahathir mendakwa demikian dalam sebuah akhbar berbahasa Inggeris hari ini.

Abdul Khalid yang juga Ketua Cabang Kuala Selangor turut kecewa dengan sikap segelintir ahli yang cuba memperlekehkan parti dan masih was-was dengan kekuatan Pakatan Rakyat yang berhasrat untuk menawan Putrajaya pada pilihan raya umum akan datang.

“Saya mengakui masih ada ahli yang sanggup ‘makan’ dan memijak ahli lain demi kepentingan diri sendiri sedangkan kita perlu bersatu serta bersikap matang dalam mencapai matlamat parti,” katanya.

Dalam mesyuarat yang dihadiri 153 ahli turut menimbulkan kekecohan apabila beberapa ahli mempertikaikan minit mesyuarat yang didakwa tidak mengikut perlembagaan termasuk tiada tandatangan pengesahan
oleh Pengerusi Tetap sebelum minit itu disokong.

Lebih menggamatkan suasana, soalan bertalu-talu terbabit seolah-olah tidak menghormati perjalanan majlis sekali gus menjadikan keadaan dalam dewan kelam
-kabut dan menyebabkan Pengerusi Tetap, Ibrahim Mahidin terpaksa menenangkan keadaan.

Ahlinya, Mazli Saring menyelar tindakan meneruskan mesyuarat tersebut meskipun beberapa ahli mempersoalkan cara pengendaliannya yang didakwa tidak mengikut perlembagaan parti.

“Bagaimana kita mahu menawan Putrajaya sekiranya ahli jawatankuasa sendiri gagal mengendali mesyuarat kecil seperti ini dan sentiasa mengulangi kesalahan yang sama seolah-olah mereka tidak buat kerja dengan sempurna,” katanya.

Tiada ulasan: