Banglo
milik Ahli Parlimen Rompin, Datuk Seri Dr Jamaluddin Jarjis yang
terletak di kawasan tanah runtuh Puncak Setiawangsa, Bukit Setiawangsa
di sini, akan diroboh 80 peratus.
Ketua
Pegawai Operasi Institut Kerja Raya Malaysia (Ikram), Mohd Taufik
Haron berkata, belum ada sebarang keputusan untuk merobohkan kediaman
Jamaluddin, namun pihak pemaju sedang menyediakan kertas cadangan ke
arah itu.
“Apa yang
saya boleh katakan, kemungkinan 80 peratus kediaman beliau perlu
dirobohkan kerana telah sedikit terjejas berikutan terdapat pergerakan
tanah yang berlaku, tambahan pula kita perlu buat zon penampan,”
katanya hari ini.
Langkah itu juga bagi memberi laluan kepada pembinaan zon penampan untuk mengukuhkan cerun bukit.
Katanya,
kerja-kerja meroboh sebuah banglo mewah yang terjejas teruk akibat
tragedi tanah runtuh di Puncak Setiawangsa berikutan dikhuatiri menjadi
beban pada cerun sudah selesai sebanyak 80 peratus.
Bagaimanapun, kerja-kerja itu masih dilakukan dengan berhati-hati bimbang berlaku runtuhan yang tidak dijangkakan walaupun tiada pergerakan tanah direkodkan sejak malam hingga pagi tadi.
Bagaimanapun, kerja-kerja itu masih dilakukan dengan berhati-hati bimbang berlaku runtuhan yang tidak dijangkakan walaupun tiada pergerakan tanah direkodkan sejak malam hingga pagi tadi.
Taufik berkata, proses pembersihan banglo itu bermula semula kira-kira jam 9 pagi tadi.
“Walaupun
tinggal 20 peratus lagi, kita tidak boleh jangka bila ia akan mengambil
masa yang lama mahupun singkat kerana ia masih bergantung kepada
keadaan dan beberapa faktor berkaitan termasuk pergerakan tanah,”
katanya.
Kerja-kerja
merobohkan sebuah banglo mewah yang terjejas berikutan tragedi tanah
runtuh yang berlaku pada malam 29 Disember lalu telah bermula sejak
tiga hari lalu.
Semalam
pihak pemaju membentangkan tempoh kerja-kerja penyelesaian untuk
menstabilkan cerun yang dijangka siap pada 31 Januari ini.
Proses meroboh banglo itu dijadualkan mengambil masa tujuh hari.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan