KEADILAN DAILY
KUANTAN - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak tidak mahu bertanggunjawab ekoran banjir kilat di Kuantan, Pahang, bulan lalu meskipun itu negeri kelahirannya.Ini berikutan kenyataan beliau “jangan menyalahkan kerajaan apabila berlaku sesuatu musibah atau bencana alam seperti banjir”.
Sebaliknya Ahli Parlimen Pekan itu meletakkan punca banjir disebabkan pemanasan global.
Ahli Jawatankuasa Majlis Pimpinan KEADILAN Pahang, Lee Chean Chung berkata, ia penipuan besar kerajaan dan usaha pemimpin Umno BN untuk mengelirukan rakyat daripada perkara sebenar.
“Pemanasan global isu yang dihadapi seluruh dunia. Selama ini, pelbagai usaha diambil untuk mengatasi kesan-kesannya.
“Apa pula kaitan pemanasan global? Ini hanya alasan kerajaan terhadap reaksi pihak berkuasa yang lambat bertindak dalam bencana banjir,” katanya kepada Keadilan Daily.
“Pada 2003, hujan lebat mencecah 400 mililiter (ml) pernah melanda bandar Kuantan menyebabkan banjir.
Air melimpahi jalan dan menenggelamkan beberapa buah kereta selepas banjir di bandar Kuantan, 24 Disember lalu.
Lebih memeranjatkan, kata Chean Chung, Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob dan Datuk Bandar Kuantan, Datuk Zulkifli Yaacob juga sependapat menuding jari menyifatkan banjir sebagai takdir.
“Dengan alasan ini, pihak kerajaan tidak perlu menanggung sebarang tanggungjawab. Inilah sebabnya masalah banjir tidak diselesaikan dalam masa 10 tahun,” jelasnya.
Pemangku Ketua Cabang Indera Mahkota KEADILAN itu berkata, beliau ada bukti banjir bukan bencana alam, tetapi akibat kelalaian manusia.
“Saya cabar pihak berkuasa dedahkan dokumen berkaitan tentang jumlah hujan dan keadaan banjir di Kuantan dalam tempoh 10 tahun lepas,” katanya.
“Beri peluang kepada Kuantan untuk teliti dokumen tersebut. Mereka berhak mengetahui perkara sebenar. Jika dibuktikan banjir itu bukan bencana alam, warga Kuantan yang mengalami kerugian berhak menuntut keadilan daripada pihak berkuasa,” jelasnya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan