HALAMAN SANTAI

Selasa, 22 Januari 2013

' Duduk Dalam Kelambu Tanpa Pakaian' Pun Tak Boleh Lagi Laksanakan Hudud!

Wartawan Buletin

http://www.buletinonline.net/images/stories/aberita13/ust%20mad%20yaakub.jpgKUALA NERUS - Bukan mudah untuk melaksanakan hukum hudud dalam Islam kerana ia lebih merupakan undang-undang pencegahan daripada menghukum mana-mana pesalah jenayah syariah tersebut.

Menurut Mudir Sekolah Rendah Islam Dar al-Taqwa Ustaz Mohammad Yaakub [Gambar - paling kiri] orang-orang Islam boleh melarikan diri daripada tanggungjawab tersebut, namun ia adalah merupakan perintah daripada Allah SWT.

Katanya, seseorang yang melakukan jenayah zina, walaupun duduk berduaan lelaki dan perempuan dalam keadaan tidak memakai pakaian pun belum tentu boleh dijatuhkan hukuman.

"duduk (berduaan lelaki dan perempuan) dalam kelambu, tak pakai baju seurat pun, tak boleh lagi jalankan (laksanakan) hukum Allah SWT,

"(sbab) kena ada orang tengok...... ada saksi (yang melihat kejadian)....baru boleh jalan(kan) hukum Allah,"tegasnya.

Beliau berkata demikian ketika berucap dihadapan ibu bapa pelajar sekolah terbabit, dalam majlis pelancaran program 'Mentor-Mentee', pada Ahad 20 Januari.

Sehubungan itu, beliau menyeru semua ibu bapa yang hadir agar dapat memberikan kerjasama kepada pihak sekolah dalam melaksanakan program meningkatkan 'tarbiah' para pelajar itu.

Katanya, RassuluLlah SAW adalah contoh akhlak yang terbaik yang akan dijadikan model dalam mendidik anak-anak menjadi seorang Islam yang bertaqwa kepada Allah SWT.

Tiada ulasan: