Wartawan Buletin
Timbalan Pesuruhjaya 1 PAS Negeri Terengganu Ustaz Satiful Bahri Mamat berkata, adakah Menteri Belia dan Sukan Dato' Seri Ahmad Shabery Cheek berbohong ketika beliau mengeluarkan kenyataan berhubung berkara tersebut sebagaimana yang diterbitkan akhbar Utusan Malaysia pada 10 Mei, 2007.
"Kalau kerajaan menafikan, tidak terima bayaran dari kerajaan Jepun......adakah apa yang Shabery Cheek kata tak betul? bohong?.....kerajaan perlu jelaskan,
"ini soal rakyat, ramai yang masih hidup.....ada yang sudah meninggal dunia dan waris-waris mahu wang tersebut kerana mereka tahu kerajaan telah menerima(nya),"soal Ustaz Satiful.
Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menziarahi mangsa buruh paksa Yusof Osman, 88 tahun, yang tinggal di Kampung Pinang Merah, Paka, dekat sini.
[Gaambar - Satiful kanan bertanya khabar kepada Pak Yusof Osman, 88 tahun, bekas buruh paksa yang menjadi mangsa kezaliman dua kali, sekali dengan Jepun dan sekali lagi oleh kerajaan Umno-BN Mapaysia yang tidak memberikan sebarang pampasan]
Menurutnya, dari maklumat yang diperolehi, mangsa-mangsa dari negara lain seperti negara Biritish dan Australia juga telah menerima pembayaran tersebut dari kerajaan Jepun.
Oleh itu beliau mendesak kerajaan supaya menghentikan tindakan menzalimi dengan tidak membayar sebarang pampasan kepada bekas-bekas buruh paksa yang kebanyakkannya sudah uzur dan tidak mamp bekerja dan menyara kehidupan.
Menurut akhbar Utusan Malaysia atas talian, Shabery Cheek yang ketika itu selaku Setiausaha Parlimen Kementerian Luar berkata, Kes tuntutan buruh paksa 'Landasan Kereta Api Maut Jepun' selesai sejak zaman pentadbiran Perdana Menteri pertama, Tunku Abdul Rahman.
Menurut Shabery, penyelesaian tersebut berikutan satu perjanjian yang telah ditandatangani oleh kerajaan Malaysia dan kerajaan Jepun pada 21 September 1967.
Mengikut perjanjian tersebut, kata Shabery lagi, kerajaan Jepun bersetuju membayar 'wang darah' kepada Malaysia dan wang tersebut telah digunakan untuk menubuhkan Perbadanan Perkapalan Antarabangsa Malaysia (MISC).
Tiada ulasan:
Catat Ulasan