HALAMAN SANTAI

Sabtu, 5 Januari 2013

Kes Empangan Paya Peda; Pemuda Tawar Khidmat Peguam

Wartawan Buletin

http://www.buletinonline.net/images/stories/aberita12/Nasruddin%20Hassan.jpgKUALA TERENGGANU - Dewan Pemuda PAS Malaysia tidak melihat banjir yang melanda penduduk Kampung Padang Bual dalam DUN Hulu Besut baru-baru ini sebagai suatu bencana atau musibah semulajadi semata-mata.

Tetapi, menurut Ketuanya, Ustaz Nasruddin Hassan, ada unsur-unsur kelalaian dan 'salah guna' tangan manusia apabila dilaporkan Empangan Paya Peda telah pecah.

Katanya, rombongan Pemuda yang diketuai oleh Setiausahanya, Khairul Faizi Ahmad Kamil telah pergi membuat tinjauan dan melihat sendiri tapak empangan terbabit.

"berkait dengan isu Empangan Paya Peda yang pecah mengakibatkan kerugian yang dialami oleh penduduk setempat yang mana kami Dewan Pemuda PAS Malaysia telah pun pergi untuk melihat sendiri di tapak (empangan) tersebut (dan) kita melihat perkembangan dari dekat,

"kita lihat bahawa memang ada beberapa perkara yang mencetuskan kekeliruan dari sudut penyelenggaraan, teknikal pengurusan (empangan) (atas) apa yang berlaku, dia tidak terhenti setakat bencana atau musibah semata-mata tetapi ada unsur-unsur kelalaian,"ujarnya.

Beliau berkata demikian selepas memberikan ucapan dalam program Munaqasyah Ucap Utama Muktamar Dewan Pemuda yang diadakan di Markaz Tarbiah PAS Kuala Terengganu, di Kuala Ibai, dekat sini pada Jumaat 4 Januari. [Lihat Video]

Oleh itu, beliau berkata, satu kunjungan kedua dalam masa terdekat oleh peguam Dewan Pemuda akan dibuat untuk melihat samada kes tersebut boleh dibuat pebelaan dari sudut undang-undang.

Ustaz Nasruddin berkata Pemuda akan menawarkan khidmat guaman sekiranya jelas ada bukti kes tersebut adalah disebabkan kecuaian.

Sehubungan itu, beliau berharap para peduduk yang terlibat dengan kejadian tersebut dapat memberikan kerjasama dengan memberikan maklumat yang tepat kepada pihak Pemuda.

Justeru itu beliau menegaskan, sekiranya benar sebagaimana yang didakwa, Pemuda mendesak supaya kerajaan menubuhkan satu badan bebas bagi menyiasat kejadian tersebut.

Pada 27 Disember 2012, jurucakap penduduk terbabit, Shalahuddin Jaafar berkata, sebanyak 230 buah rumah yang terjejas akibat banjir yang melanda Kampung Padang Bual akan menuntut ganti rugi dari kerajaan Umno dan Barisan Nasional (BN).

Katanya, kerugian  yang ditanggung penduduk adalag di antara RM5,000 hingga RM10,000, manakala yang melibatkan premis perniagaan rugi di antara RM20,000 hingga RM100,000.

Kontroversi Empangan Paya Peda bermula apabila berlakunya banjir luar biasa secara tiba-tiba melanda Kampung Padang Bual dan menenggelamkan lebih 230 buah rumah pada 24 Disember 2012.

Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Said sehari selepas itu dalam kenyataan yang diterbitkan agensi Bernama berkata, empangan tersebut ‘terpaksa dipecahkan’ untuk melepaskan takungan air demi keselamatan penduduk kawasan sekitar.

Sebaliknya, pada 27 Disember, Jurutera Projek Pembangunan Pertanian Terengganu Utara (Ketara), Wee Yit Ming berkata banjir luar biasa itu berpunca daripada satu bahagian tebing hulu Empangan Paya Peda telah mengalami hakisan hingga berlaku sedikit keruntuhan.

Empangan yang dianggarkan bernilai RM333 juta telah mula dibina pada tahun 2010 dan dijangka siap akhir tahun 2013.

Ia bertujuan membekalkan air kepada 8,000 petani di Besut dan Setiu selain membekalkan sumber air asli untuk kegunaan penduduk daerah berkenaan.

Tiada ulasan: