THE MALAYSIAN INSIDER
BACHOK — Tarikh akhir pendaftaran Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BRIM 2.0)
yang sepatutnya berakhir 31 Disember lepas dilanjutkan sehingga 15
Januari ini dan tempoh bayaran ditetapkan bermula 2 Februari ini.
Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Awang Adek Hussin (gambar)
berkata tempoh lanjutan itu adalah bagi memberi peluang kepada golongan
bujang berusia 21 tahun yang layak memohon mengemukakan permohonan.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas berucap
pada majlis Tenaga Nasional Berhad (TNB) Cakna Keselamatan Elektrik
Bersama Penduduk Setempat di pejabat TNB Bachok di sini, hari ini.
Pada pembentangan Belanjawan 2013, September lepas,
kerajaan mengumumkan BR1M 2.0 diperluaskan kepada mereka yang belum
berkahwin berumur 21 tahun yang berpendapatan RM2,000 ke bawah, layak
menerima RM250.
Awang Adek, yang juga Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan
Umno Kelantan, berkata seramai 30 penduduk miskin di Jajahan Bachok
layak menerima bantuan pemasangan pendawaian elektrik di rumah mereka.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan