Barisan
Nasional (BN) sewajarnya melaksanakan tujuh projek mega di Kelantan,
yang diumumkan dua hari lalu, awal-awal lagi dan bukannya hanya
menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) kerana ia menunjukkan
kerajaan pusat tidak ikhlas.
Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat
berkata, janji Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mahu
mengadakan tujuh projek mega di negeri itu, yang diumumkan ketika
kunjungannya Ahad lalu, umpama rasuah bagi memancing undi rakyat.
“Kalau
betul-betul nak buat kena buat sekarang kerana ia sudah menjadi
tanggungjawab mereka (pusat) untuk menyalurkan duit untuk pembangunan
dan kesejahteraan rakyat.
“Jika
mereka laksanakan sekarang ia langsung tidak memberi apa-apa tekanan
atau menggugat sokongan rakyat kepada Pas kerana rakyat sudah tahu
pelaksanaannya adalah untuk kebaikan bersama.
Nik Aziz berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Hari Air Kelantan di Pasar Kok Lanas di sini pagi tadi.
Sebelum
itu bagi Ahli Parlimen Kuala Krai, Dr Mohd Hatta Mohd Ramli berkata,
Najib tidak perlu berjanji untuk memajukan Kelantan kerana kesemua
janji tersebut kerajaan negeri sudah terlaksanakan.
Naib Presidennya, Salahuddin Ayub berkata, segala janji sedemikian bukanlah perkara baru malah ia hanya janji kosong menjelang Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) tidak lama lagi.
Naib Presidennya, Salahuddin Ayub berkata, segala janji sedemikian bukanlah perkara baru malah ia hanya janji kosong menjelang Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) tidak lama lagi.
Menurutnya,
sepatutnya, kehadiran perdana menteri itu bukan lagi menambah janji
sebaliknya melunaskan banyak perkara tertunggak untuk negeri berkenaan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan