Shahbudin Husin
Lagi
berkenaan Mahathir. Dalam cubaan membersihkan namanya yang mula
dikaitkan dengan pemberian kira-kira 200,000 kad pengenalan kepada
pendatang asing di Sabah untuk kepentingan politik UMNO pada tahun 1994,
bekas Perdana Menteri itu tidak saja mengaitkan Tunku Abdul Rahman
yang dituduh lebih teruk daripada, bahkan beliau turut mencadangkan
ditubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja atau RCI berkenaan dengannya.
Ketika Mahathir membandingkan kesalahannya dengan Tunku pun sudah ramai yang geleng kepala, apabila beliau mencadangkan turut ditubuhkan RCI berkenaan dengannya, ramai yang bertanya, apa sudah jadi dengan Mahathir sekarang ini?
Siapa yang
mahu diseretnya dalam RCI sebelum merdeka itu? Kalau pun ingin
membersihkan dirinya daripada kesalahan itu, tindakannya kali ini
dianggap amat keterlaluan. Kenapa begitu jauh terlajaknya kali ini?
Apakah
beliau sudah nyanyuk? Adakah Mahathir lupa bahawa beliau pernah menjadi
Perdana Menteri selama 22 tahun dan tentunya lebih arif tentang
perbezaan pemberian kad pengenalan yang dilakukannya pada 1994 dengan
apa yang pernah dilakukan oleh Tunku dahulu.
Walaupun
untuk menyelamatkan diri dan mengelak daripada dianggap bersalah,
mengaitkan dengan Tunku adalah perbuatan keji dari segi moral, apalagi
mencadangkan penubuhan RCI mengenainya.
Akibat
daripada itu, Mahatahir kini bukan saja diserang oleh pelbagai pihak
yang mula menpersoalkan kewajarannya berbuat demikian, tindakan beliau
itu turut mengundang
perasaan kurang senang di kalangan kaum Cina dan India.
Mempersoalkan pemberian kad pengenalan datuk nenek kaum Cina dan India yang ada sekarang samalah seperti mempersoalkan kewarganegaraan mereka. Ia tentunya menghiris perasaan kedua-dua kaum itu, apatah lagi ia tidak pernah dipersoalkan oleh sesiapa sebelum ini.
perasaan kurang senang di kalangan kaum Cina dan India.
Mempersoalkan pemberian kad pengenalan datuk nenek kaum Cina dan India yang ada sekarang samalah seperti mempersoalkan kewarganegaraan mereka. Ia tentunya menghiris perasaan kedua-dua kaum itu, apatah lagi ia tidak pernah dipersoalkan oleh sesiapa sebelum ini.
Dalam
suasana menjelang pilihanraya yang hampir tiba dan sokongan kaum Cina
dan India begitu diperlukan oleh BN, tindakan Mahathir ini jelas
menyusahkan semua orang. Sehingga ini MIC melalui salah seorang
pemimpinnya, Vell Pari telah secara terbuka mengkritik Mahathir atas
tindakannya yang dianggap bersifat perkauman itu.
Pemimpin
MIC itu turut menyarankan supaya Mahathir menutup mulut dan menjadi
pesara yang baik seperti pemimpin-pemimpin yang mengisytiharkan dirinya
sudah bersara.
Jika Vell
Pari, anak Samy Vellu mula berani membidas Mahathir, tidak mustahil
MCA, Gerakan dan NGO berkaitan kaum Cina turut bersuara juga selepas
ini. Jika itu berlaku, hubungan kaum akan kembali renggang dan
1Malaysia yang dicanang Najib sudah tidak bermakna lagi.
Beberapa
pihak turut mengecam Mahathir kerana mengaitkan nama Tunku. Pihak
pembangkang dan mereka yang arif tentang sejarah negara, turut mengecam
Mahathir dalam hal ini.
Mahathir,
dalam isu kad pengenalan kepada pendatang asing di Sabah ini, bukan
saja mula menyusahkan Najib, UMNO dan BN tetapi mula dianggap beban
kepada usaha BN mencapai keputusan yang lebih baik dalam pilihanraya
akan datang ini.
Penubuhan RCI ini telah lama diluluskan penubuhannya oleh kabinet tetapi hanya baru sekarang ia berfungsi. Ada dakwaan mengatakan ia sebahagian perancangan Najib untuk menutup mulut Mahathir dan supaya bekas Perdana Menteri itu tidak terlalu mengganggu pentadbirannya kerana beliau tahu Projek IC ini didalangi oleh Mahathir.
Penubuhan RCI ini telah lama diluluskan penubuhannya oleh kabinet tetapi hanya baru sekarang ia berfungsi. Ada dakwaan mengatakan ia sebahagian perancangan Najib untuk menutup mulut Mahathir dan supaya bekas Perdana Menteri itu tidak terlalu mengganggu pentadbirannya kerana beliau tahu Projek IC ini didalangi oleh Mahathir.
Dan untuk
melepaskan diri, Mahathir tidak saja mengaitkan kesalahannya dengan
Tunku Abdul Rahman, tetapi turut mencadangkan penubuhan RCI berkaitan
dengannya. Mahathir dalam hal ini jelas mahu membalas dendam kepada
Najib kerana melalui dakwaannya terhadap Tunku dan mencadangkan RCI itu
akan menyebabkan makin berkurangnya sokongan kaum Cina dan India
kepada BN.
Tindakan
Mahathr cuba menyusahkan Najib boleh difahami kerana beliau sejak
kebelakangan ini didapati lebih cenderung mahu mempromosi Muhyiddin
sebagai Perdana Menteri selepas pilihanraya nanti bagi mengganti Najib
yang dianggapnya lemah dan banyak masalah. Beberapa petunjuk ke arah
itu semakin jelas dan dapat dibaca oleh sesiapa saja.
Tetapi
tindakan terbaru Mahathir ini turut mendatangkan kesusahan kepada masa
depan politiknya anaknya sendiri, Mukhriz yang kini menjadi timbalan
menteri dan Timbalan Pengerusi UMNO Kedah.
Secara langsung dan tidak
langsung, langkah politik Mukhriz menjadi tersekat dan beliau juga mula
dipandang serong oleh ramai orang akibat kelakuan melampau bapanya
itu.
Orang
Melayu yang melihat Tunku sebagai pejuang yang berjasa dan memerdekakan
negara sama-sekali tidak dapat menerima Tunku dipersalahkan dalam
memberi kerakyatan kepada kaum Cina dan India yang telah dipersetujui
dengan British sebelum kemerdekaan itu. Oleh kerana Mukhriz
satu-satunya waris Mahathir dalam politik, kepercayaan ramai kepadanya
turut menurun akibat daripada itu.
Kaum Cina
dan India yang tersinggung dengan keceluparan Mahathir itu, pastinya
turut kecewa dan sekali lagi, Mukhriz juga yang akan menanggung
akibatnya.
Jika orang
lain menanggung beban politik kerana kesalahan atau tingkah yang tidak
kena daripada anak dan isteri, Mukhriz pula sebaliknya. Beliau
menanggung beban daripada karenah tidak sudah-sudah bapanya sendiri.
Selagi
Mahathir ada dengan wataknya yang ada sekarang, Mukhriz juga terhalang
untuk menonjolkan kebolehan sebenar serta bakatnya sebagai pemimpin
sedangkan beliau diceburkan dalam politik adalah dengan matlamat
menyambung warisan kepimpinan bapanya.
Kerana
karenah bapanya itu, Mukhriz tidak berupaya menonjol seperti Hang Tuah
yang suka membodek dan mengampu dan tidak juga mampu menjadi seperti
Hang Jebat yang berani menegur dan bersuara. Mukhriz sekadar mampu
menjadi seperti Hang Kasturi, Hang Lekir dan Hang Lekiu yang
kehadirannya tidak dirasakan oleh sesiapa, ada tidak menambah, dibuang
tidak mengurang.
Dalam hal
ini, jika Mahathir berdiam diri, ia jauh lebih baik untuk masa depan
anaknya itu. Lagi banyak Mahathir bercakap, beliau bukan saja
menyusahkan Najib, UMNO, BN, MCA, MIC dan lain-lainnya tetapi turut
menyusahkan masa depan anak kesayangannya sendiri.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan