Kalau dilihat proses pengundian di
negara Korea contohnya, atau di kebanyakan negara sekalipun. Semua
pemimpin bekerja untuk negara dan rakyat. Tidak kira siapa pun yang
menang setiap kali Pilihanraya. Yang kalah akan mengucapkan tahniah pada
yang menang. Dan yang menang kenalah ucapkan terima kasih dan merasa
rendah diri tetapi berjanji untuk memikul amanah dan tanggungjawab yang
diberikan oleh seluruh rakyat kepada mereka untuk mentadbir negara
dengan sebaiknya. Tetapi lain pula jadinya di Malaysia ini…..
Kita masih lagi berada di ruang lingkup
di mana menggangap musuh politik sebagai musuh negara atau pengganas
atau pelbagai label yang diberikan. Yang pemimpin politik A menghentam
pemimpin politik si B. Begitulah sebaiknya. Walaupun ini amaran dan
peringatan Datuk Najib tentang betapa bahaya kita menukar
kerajaan……..
KUALA LUMPUR — Veteran angkatan tentera digesa tidak “cuba-cuba” untuk menukar kerajaan dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) kerana ia merupakan perjuangan yang terlalu besar, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.“Ini bukan masa kita buat percubaan, bermain-main dengan sesuatu yang terlalu besar perjuangannya kepada kita, rakan-rakan kita yang telah meninggal dunia kerana berjuang mempertahankan negara ini dari musuh durjana,” kata Najib dihadapan hampir 1,000 veteran tentera di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini.Justeru, Presiden Umno itu turut menggesa agar veteran pasukan keselamatan itu untuk meneruskan perjuangan mereka menyokong kerajaan Barisan Nasional (BN).“Marilah kita memperbaharui ikrar agar kita teruskan perjuangan,” kata Najib ketika ucapan perasmian Majlis Perwakilan Persatuan Bekas Tentera Malaysia (PBTM) ke – 87 malam tadi.“Kita berjaya kerana tuan-tuan telah meletak kepentingan politik di tempat sepatutnya … semangat tak mahu kuasa berpindah ke tangan yang lain,” tambah Najib disambut sorakan veteran tentera yang hadir.Sementara itu, Presiden PBTM, Datuk Muhammad Abd Ghani dalam ucapannya berjanji akan PBTM akan mensasarkan “1 veteran 10 undi” untuk BN, bagi memastikan BN akan kekal memerintah negara ini.“Setiap lima tahun kita tetap berperang untuk mempertahankan negara dari ancaman dalam negara sendiri. Dalam tentera dahulu, 1 peluru 1 musuh; sekarang 1 bekas tentera, 10 pengundi!” kata Muhammad disambut tepukan daripada rakan-rakan bekas tenteranya.Majlis malam itu turut menyaksikan Najib menyampaikan replika cek bernilai RM224 juta, sebagai simbolik pemberian “one-off” kepada veteran tentera yang tidak berpencen.Sejumlah 224,000 veteran angkatan tentera tidak berpencen akan menerima RM1,000, di bawah rancangan Sumbangan Veteran Tidak Berpencen 1Malaysia (SVTB1M), seperti diumum Najib ketika pembentangan Bajet 2013 September lalu.
Sumber : The Malaysia Insider
Seingat kamilah daripada majlis berbuka
puasa tahun lepas, sehingga di bawa ke majlis rumah terbuka Hari Raya,
Raya Deepavali, Raya Haji, Sambutan Krismas terus kedengaran perinagatan
Datuk Najib supaya menyokong Parti Barisan Nasional. Disamping
permohonan maaf beliau sebelum ini DI SINI
Apakah yang dimaksudkan dengan “1
veteran 10 undi”? Adakah ini merujuk kepada kem Bentong sudah masuk ke
dalam Parlimen Pekan ataupun Jaya Gading masuk juga dalam Parlimen
Pekan, walaupun kalau nak diikutkan sebenarnya jarak Jaya Gading – Pekan
agak jauh. Yang mana satu?
Hakikatnya sekarang ini Pakatan Rakyat merupakan saingan terdekat Barisan Nasional.
“BN needs to accept that there is a new challenger in the ring that would be able to box out BN in the next fight”
Jikalau Barisan Nasional gagah perkasa,
Barisan Nasional (BN) tidak pelru takut. Masuk dalam “kandang”
Pilihanraya Umum ke 13 dan “fight like a gentlemen”.
Sebenarnya, jikalau Pakatan Rakyat jatuh
di negeri-negeri seperti Kelantan, Kedah, Pulau Pinang ataupun Selangor
sekalipun, negara amsih utuh seperti biasa. Kuasa tidak tertumpu kepada
sesebuah parti. Begitu jugalah senadainya, UMNO Barisan Nasional jatuh
sekalipun, negara tetap utuh.
- Hakikatnya, kuasa terletak pada pelbagai institusi negara
- Bermula daripada perlembagaan persekutuan turun kepada institusi-institusi negara
- melalui undang-undang turun ke negeri-negeri kerajaan tempatan turun lagi sampai ke penghulu ketua masyarakat bagai
- dan kuasa memilih kerajaan ada di tangan rakyat
- dan melalui demokrasi setiap rakyat mempunyai kebebasan bersuara dan memilih yang dijamin perlembagaan
Ok. Kami ambil contoh yang paling mudah. Kita ambil contoh polis. Baru-baru ini Tan Sri Musa Hassan mengatakan Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein kerapkali menggangu kuasa polis. Sedangkan Hishamuddin itu menteri. Secara logik, mengapa tidak boleh kacau bukan?
Sebabnya kuasa polis itu diberi oleh
undang-undang. Jikalau polis yg berkuasa terhadap sesuatu tiada siapa
walau menteri sendiri yang boleh masuk campur. Jikalau menteri ganggu
juga itu sudah makna dia buat sesuatu yang dia sendiri tiada kuasa
terhadapnya. Salah guna kuasa namanya
Ini menunjukkan walau menteri itu jatuh
sekalipun, polis dan kuasa polis takkan ikut sama jatuh bersama-sama
parti politik yang bertanding. Tetap utuh seperti biasa menurut
undang-undang. Begitu juga institusi-institusi yang lain seperti
perkhidmatan awam tetap utuh sehingga dibuat undang-undang untuk
memansuh atau mengubahnya.
Itu sebablah seandainya anda mahu
menjatuhkan negeri yang diperintah oleh Pakatan Rakyat, teruskan. Begitu
juga yang sebalik di negeri-negeri yang dipimpin oleh Barisan Nasional.
Lakuan semasa Pilihanraya Umum ke 13 kelak. Semua terletak kepada undi
anda.
- Anda-anda semua ini yang merupakan “pemegang saham” mempunyai kuasa melalui saham (undi) dalam perlantikan ahli lembaga Pengarah sesebuah syarikat.
- Dan dengan saham (undi) itu jugalah mampu menukar pengarah mahupun ahli lembaga pengarah yang tidak menunjukkan prestasi yang baik
Usah takut untuk merubahnya tidak
kiralah anda penyokong Pakatan rakyat ataupun Barisan Nasional jika nada
merasakan itu yang terbaik untuk anda, usah babitkan institusi lain
semata-mata menghalalkan tindakan kepartian anda. Negara masih lagi utuh
seperti biasa. Apa kata anda pula?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan