Gambar di atas ini adalah kakitangan TM
(swasta) sebagai contoh sahaja. Kebanyakan pejabat kerajaan sudah mula
“block” Facebook (FB). (KLIK SINI)
Kalau disemak semula maksud &
definisi rasuah dalam kerangka yang lebih luas, rasuah (bahasa Latin:
corruptio daripada kata kerja corrumpere = busuk, rosak, menggoyahkan,
memutar balik, menyogok).
Menurut Transparency International
pula ialah perilaku di jabatan-jabatan atau pejabat-pejabat awam,
termasuklah para politikus dan pegawai-pegawai, yang secara tidak wajar
dan tidak sah/menurut undang-undang, mengayakan diri atau memperkaya
kerabatnya (keluarga dan sahabat handai), dengan menyalahgunakan kuasa
dan kepercayaan awam yang diberi kepada mereka.
- melanggar undang-undang yang dikuatkuasakan.
- penyalahgunaan harta negara.
- merugikan negara
- memperkaya diri sendiri dan kerabat.
Walaubagaimanapun, apa yang ingin kami
tekankan dalam laporan Berita Semasa hari ini, di mana kami tertarik
dengan kenyataan terbaru SPRM yang tampil turun padang menegur
segelintir kakitangan awam yang gemar “curi tulang” dengan
melayari media sosial seperti Twitter mahupun Facebook ataupun
melakukan hal-hal peribadi termasuklah berniaga dan lain-lain lagi.
MALACCA: Civil servants and staff of government-linked companies (GLCs) surfing social media or engaging in personal matters during working hours may be categorised as having committed corruption, said the Malaysian Anti-Corruption Commission (MACC).“For instance, if a person spends three hours during his or her stipulated working hours for personal tasks, it can be deemed a form of corruption as the Government trusts and pays its employees to fully utilise the working period to complete tasks relating to the respective jobscope,” said MACC deputy chief commissioner Datuk Sutinah Sutan.Sutinah said the act of engaging in other personal tasks during work hours could be considered as contravening the employment contract and culprits could face disciplinary action if initiated by respective disciplinary boards.
Sumber : The Star Online
Adakah kakitangan kakitangan sebegini
teruk seperti yang digambarkan dalam gambar di bawah ini? Kami tidak
rasakan begitu teruk sekali. Segelintir mungkin ya….Kelompok inilah yang
akhirnya merosakkan susu sebelanga iaitu majoriti kakitangan awam di
Malaysia yang berjumlah 1.4 juta.
Benar atau tidak teguran Timbalan Ketua Pesuruhjaya SPRM Datuk Sutinah
Sutan ini? Betullah. Kami setuju. Lagipun bukan sekadar melayari
Facebook sahaja atau apa sahaj yang berkaitan dengan Internet, tetapi
ruanglingkup sebenarnya lebih luas lagi apabila melibatkan diri dengan
melakukan urusan peribadi buat urusan di waktu pejabat..
- ambil kanak-kanak sekolah berjam-jam lamanya
- berniaga
- bergayut di telefon
- lain-lain lagi?
Walaubagaimanapun, pada kami melihatkan masih lagi ramai “jerung-jerung besar dan buas”
yang masih bebas berkeliaran di Malaysia, saranan kami ada baiknya SPRM
fokuskan kepada isu dan masalah yang lebih besar seperti….KLIK SINI. Bukan
tidak penting isu & masalah kakitangan awam melatari FB & curi
tulang ini, tetapi biarlah masalah ini diselesaikan oleh orang lain.
Banyak kes pending melibatkan _______, ______ dan _______. SPRM haruslah
mengutamakan isu & kes jenayah besar & selesaikan yang ini
terlebih dahulu.
Kalau tidak masakan syarikat yang tidak
aktif yang menerima imbuhan ratus juta masih lagi bebas berkeliaran dan
belum diusik oleh SPRM lagi. Ehem….Salah tetap salah. Tetapi diharapkan
selesaikan dahulu isu-isu yang lebih besar, kemudian sudah selesai
semuanya barulah menjenguk isu-isu seperti ini.
Lagipun apa gunanya, ada KPI untuk
memantau prestasi kakitangan awam di setiap agensi? Bagi sebuah
organisasi yang penting adalah “result”. Melainkan Facebook telah
merendahkan produktiviti, atau KPI tidak tercapai. Tetapi semua sedia
maklum kebanyakan tempat kerja sudah kena block untuk melayari Facebook
contohnya.
P/S : Adakah ini bermakna orang awam
atau rakan sekerja boleh buat aduan jika mana-mana kakitangan awam
didapati melayi Facebook di waktu pejabat atas alasan RASUAH? Kakitangan
awam berapa ramai? Mampu untuk mengawal setiap yang dikemukakan? Apa
kata anda pula?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan