KL TODAY
PETALING JAYA:
Datuk Seri Najib Tun Razak kini dilihat sebagai ahli politik yang
paling sibuk dalam tempoh masa terakhir sebelum pilihan raya umum.
Namun bukan Perdana Menteri sahaja yang mempunyai jadual kerja yang
padat malah kedua-dua parti, sama ada Barisan Nasional mahupun Pakatan
Rakyat terus memperhebatkan kempen mereka sementara menunggu Dewan
Rakyat dibubarkan.
Ahli
politik di kawasan luar bandar yang majoritinya masyarakat Melayu
menjadi tumpuan utama dan banyak undangan perkahwinan diterima serta
acara komuniti lain turut diadakan.
Pengerusi
Badan Perhubungan Umno Kelantan dan Ahli Parlimen Jeli, Datuk Seri
Mustapa Mohamed berkata beliau menerima banyak undangan majlis
perkahwinan untuk dihadiri.
“Ramai juga pengundi di luar kota balik ke kampung halaman dan ini penting untuk kita berhubung dengan mereka,” katanya.
Ahli
politik di kawasan bandar dan kawasan pinggir bandar berkata musim cuti
sekolah tidak banyak berbeza kerana jadual kerja mereka tetap padat
dengan pelbagai aktiviti.
Naib
Presiden MCA dan Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Donald Lim berkata
beliau juga turut menerima banyak undangan kebelakangan ini, namun
beliau tidak mempunyai terlalu banyak masa untuk menghadiri semuanya.
“Saya cuba untuk memenuhi semua undangan tersebut namun ada juga cabarannya,” tambahnya.
Ahli politik DAP pula berkata musim cuti sekolah tidak memberi kesan kepada majlis yang diadakan oleh parti itu.
Ketua
Pemuda DAP dan Ahli Parlimen Rasah, Anthony Loke berkata: “Kami telah
mengurangkan aktiviti peribadi sejak Januari kerana kami fikir Parlimen
akan dibubarkan selepas perayaan Tahun Baru Cina.”
Rakan
sejawatnya yang juga Speaker Dewan Undangan Negeri Selangor, Datuk Teng
Chang Khim berkata DAP telah mula berkempen dengan gigih sejak dua
tahun lalu.
Sementara
itu, Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Saifuddin Abdullah berkata
beliau bekerja sehingga 17 jam sehari dan sering membuat lawatan rumah
ke rumah.
“Saya
telah mengedarkan rantai kunci dengan label ‘Koi Orang Temerloh’ (Saya
Orang Temerloh) yang merupakan jenama yang saya gunakan sejak 2008,”
katanya.
Timbalan
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Mashitah Ibrahim berkata
beliau sering melawat ibu-ibu tunggal, rumah orang tua-tua dan rumah
anak-anak yatim.
Ketua
Penerangan Umno Johor yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Semarang,
Datuk Samsol Bari Jamali berkata beliau sangat sibuk dan menghabiskan
masa berjumpa dengan pengundi, menghadiri satu hingga empat majlis
dalam sehari, tidak termasuk aktiviti parti.
Wakil rakyat Gambir, M. Asojan berkata beliau menghabiskan masa tiga dalam tempoh seminggu untuk bertemu dengan pengundi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan