Untuk kali keduanya semalam bertembung lagi program berbuka puasa anjuran dua Ngo yang diasaskan untuk menyokong kerajaan Pas Kelantan, Persatuan Anak-Anak Kelantan di Kuala Lumpur dan Selangor (Persada) dan Persatuan Anak Kelantan di Perantauan (Perakan Malaysia). Tahun lepas sudah berlaku pertembungan di antara keduanya yang juga mengadakan majlis berbuka puasa serentak.
Husam menyampaikan bantuan untuk armalah. |
Persada mengadakan majlisnya disebuah hotel di Kuala Lumpur manakala Perakan di Shah Alam. Kali ini sekali lagi Persada mengadakan ditempat sama, manakala Perakan berganjak ke Serdang pula.
Pertembungan ini sedikit sebanyak menjadi tanda tanya, kenapa berlaku begitu? Apakah ia satu kebetulan atau disengajakan. Bila berlaku pertemubungan begini ia mendatang sedikit masalah kerana ke mana satu pimpinan negeri hendak tuju? Musykilnya kenapa tidak diadakan setempat secara berkongsi acara? Atau kenapa tidak dibahagikan majlis antara pemimpin?
Malam tadi saya hadir ke majlis anjuran Persada dan tidak majlis Perakan. Tahun lepas saya hadir di majlis Perakan atas jemputan. Kebetulan pada majlis itu diadakan majlis penyerahan wang derma pembinaan Lebuh Raya Rakyat Kelantan (LRRK) hasil dari derma pembaca blog saya dan rakan FB. Tahun ini saya tidak diundang atau dijemput walaupun beberapa malam lalu Presiden Perakan Hamzah belanja saya kopitian.
Sebahagian yang hadir malam tadi. |
Kebetulan di Persada saya beli satu meja sebagai derma kepada anak-anak yatim. Jadi kalau pun Perakan menjemput saya, saya terpaksa mohon maaf kerana di Persada lebih aulia kerana merai anak-anak yatim dan armalah yang sangat memerlukan keprihatinan semua terutamanya mereka bergelar pemimpin. Majlis semalam meriah juga dengan kehadiran anak yatim, armalah dan jemputan mencecah lebih kurang 200 orang.
Berbalik kepada isu bertembung tadi, timbul cakap-cakap yang Persada tidak menjemput pihak kerajaan negeri untuk hadir menerusi surat. Khabarnya jemputan menerusi SMS sahaja. Sebab itu tiada wakil rasmi kerajaan negeri.Tetapi pokok pangkalnya pihak orang yang dijemput tahu akan majlis itu diadakan. Cuma masalahnya tidak ada surat saja. Itu saja.
Saya tidak mahu berpihak kepada mana-mana di antara dua persatuan ini. Kedua pemimpinnya saya kenal. Yang memimpin Persada kini juga orang yang minum kopi dengan saya semasa hendak tubuh atau mendaftar Perakan dahulu. Begitu juga dengan presiden Perakan kini, dialah orang yang datang ke rumah saya atau mengajak berbincang dan meminta sesuatu pandangan. Pendeknya mereka adalah adik kakak dan anak beranak belaka.
Anih kenapa mereka seakan berenggang dan tidak sebulu? Tentu ada chemistrynya tersendiri kenapa terjadi begitu. Persada tidak akan ditubuh kalau Perakan sempurna. Itu logiknya. Apapun apabila ia sudah ditubuh, kedua Ngo ini kena diterima. Umpama kita kahwin dengan janda beranak, jangan saja terima mak anak juga kena diterima sama. Anggaplah ianya ada hikmah. Makanya pihak kerajaan negeri juga harus melayan kewujudan Persada, tidak hanya melihat kepada Perakan sahaja.
Rasanya tidak perlu timbul cakap-cakap mengatakan kerajaan negeri hanya mengikhtarafkan Perakan saja tidak Persada? Yang penting fikir apakah guna dan tujuan Persada ditubuhkan. Bukankah ia untuk membantu parti dan kerajaan Pas Kelantan? Persepsi kononnya Persada ditubuh untuk menaikan seseorang buanglah dari selaput busuk minda. Tidak baik tanggapan demikian. Tanggapan dan persepsi demikian akan menjarakkan lagi di antara satu sama lain.
Dalam hal ini pimpinan Pas Kelantan boleh mendamaikan atau menjernihkan keadaan demikian. Kerajaan Kelantan harus bijak dalam menerima keduanya. Menteri Besar dan barisan Exco khasnya Exco yang diberi tugas jaga Ngo, Nasarudin Daud kena layan secara adil dan saksama. Kalau Perakan diberikan peruntukan, hulurlah juga untuk Persada kalaupun tidak sepenuh sesuku pun jadilah sebagai tanda penghormatan.
Tetapi dalam soal ini saya kira bagi Persada bukan sangat soal peruntukan tetapi penghormatan dan kepedulian kepada pengorbanan mereka.
Berkenaan majlis semalam tanpa kehadiran wakil rasmi kerajaan Kelantan menimbulkan kekesalan kalangan pemimpin Persada. Ia juga tentu menjadi tanda tanya orang ramai terutamanya penyumbang. Mereka merasakan dianak tirikan. Kepada saya alasan tidak ada surat jemputan rasmi maka tiada pemimpin negeri (Exco) yang hadir, keterlaluan. Apakah dengan anak beranak perlu berkira begitu lalu? Soalnya pihak kerajaan atau pejabat MB tahu akan keadaanya. Dalam keadaan-keaqdaan beginilah memerlukan kebijaksanaan dan orang yang telus.
Tidak bolehkah diambil inisiatif atas 'kemangalan' Perakan itu. Kalau pun MB tidak dapat hadir wakilkan kepada TMB, kalau TMB tidak dapat hadir wakillah kepada timbalan Exco. Kalau timbalan Exco tak dapat hadir wakil kepada wakil rakyat lain. Semalam tidak ada wakil rasmi yang hadir. Walaupun bekas Adun Semerak Wan Hassan Wan Ibrahim dan Adun Perupok Zaimy hadir saya tidak kira mereka sebagai mewakili kerajaan kerana mereka tidak diadres begitu.
Begitu juga Husam Musa yang hadir agak lewat kerana terpkasa hadir satu majlis di Shah Alam bukan mewakili kerajaan negeri. Beliau datang lebih atas undangan peribadi Persada kepadanya. Bagaimana pun dengan kehadiran Husam semalam dan turut menyampaikan sumbangan kepada 40 anak yatim dan 15 ibu tunggal, dianggap sebagai mewakili kerajaan Kelantan dan ia merubatkan sedikit mana-mana hati yang rawan.
Untuk lain kali dan masa akan datang hendaknya pertembungan sebegini tidak akan berlaku lagi kerana ia boleh melukakan apa yang terguris. Buruk sangat nampaknya. Ahmad Yakob sebagai MB dan Mohd Amar Nik Abdullah sebagai TMB perlu memberi perhatian mengenai kes-kes remeh begini. Kalau ada persefahaman dan semangat kerjasama saya yakin 'kesilapan teknik' begini tidak akan berlaku. Dan kepada Persada diharap pekemaskan pentadbiran termasuk urusan surat menyurat dan jangan ambil mudah hanya dengan menghantar SMS sahaja. Belajarlah dari si abang, Perakan.
Persada hormatilah kerajaan Kelantan yang sedang menuju menjadi sebuah negeri yang pentadbiran fully sistemetik di mana cara dan kaedah manual tidak dilayan lagi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan