Oleh: NAZLI IBRAHIM
SHAH ALAM, Meletakkan kepercayaan dan keyakinan kepada perkara yang tidak dibuktikan secara ilmuan atau disebut sebagai ghaib menyebabkan masyarakat negara ini dan umat Islam khasnya mudah tertipu oleh pelbagai pihak yang gemar mengambil kesempatan.
Penceramah agama terkenal, Mohd Zamri Zainuddin, berkata ingatan itu termasuk dalam isu memilih kerajaan dan mempercayai testimoni pelbagai ubat di pasaran yang mendakwa kononnya mampu menyembuhkan pelbagai penyakit seperti kencing manis.
“Allah SWT tegur kepercayaan begini tetapi kalau ingin kagum, kagumi seadanya seperti peristiwa Ashabul Kahfi apabila tujuh pemuda ditidurkan selama 309 tahun bersama anjingnya.
“Allah SWT jelaskan lagi dalam surah berkenaan yang bermaksud ‘datanglah kepada mereka dengan bukti yang nyata’ bermaksud meletakkan asas kepercayaan dengan bukti jelas.
“Zaman Pak Man Telo kena tipu, berniaga MLM (pelan pemasaran pelbagai peringkat) kena tipu, berniaga internet kena tipu, bahkan 50 tahun lebih sudah ditipu.
“Contohnya, undilah kami. Kami hebat memerintah. Pakai pula tali leher besar sejadah, kot cantik, duduk bangunan yang cantik tetapi Allah SWT tidak beri begitu.
“Kita kena tengok pula apakah bukti ilmuan sandarannya iaitu Laporan Audit Negara dan apabila lihat, oh! tidaklah pandai sangat tetapi ini contoh sahaja,” katanya.
Zamri berkata demikian ketika menjadi panel dalam Forum Perdana bersama Dasuki Abd Rani yang membincangkan tajuk ‘Apa Yang Tak Kena Dengan Islam Kita’ di Hotel Quality, di sini, hari ini.
Sementara itu, Dasuki berkata, bangsa seseorang tidak menjamin kemuliaan di sisi Allah SWT walaupun bangsa Arab, yang mana Al-Quran diturunkan dalam bahasa ibunda mereka.
“Maknanya tiada nilai, tetapi Allah SWT menjadikan kamu bernilai. Kita perlu tahu matlamat hidup, matlamat asal, perjanjian kamu dan bernilai jika diberikan hidayah,” katanya.
Program anjuran bersama Jabatan Agama Islam, Kumpulan Perangsang yang diadakan pagi tadi mendapat sambutan memberangsangkan apabila dihadiri kira-kira 200 kakitangan dan orang ramai sekitar Shah Alam.
Program itu diadakan sebagai sebahagian aktiviti dakwah jabatan itu bagi kakitangan Kumpulan Perangsang dan penduduk Islam di Shah Alam.-NFN-

Tiada ulasan:
Catat Ulasan