HALAMAN SANTAI

Khamis, 27 Mac 2014

KM baru Sarawak sombong, langgar akta imigresen dan perlembagaan

FIZA HALIM




KUALA LUMPUR: Naib Presiden KEADILAN, N Surendran berkata Ketua Menteri Sarawak yang baru, Tan Sri Adenan Satem seorang yang sombong kerana sekat pemimpin KEADILAN masuk ke negeri itu dan secara terang-terangan melanggar Akta Imigresen dan Perlembagaan.

Ia berikutan Setiausaha Agung KEADILAN, Datuk Saifuddin Nasution Ismail, Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli dan Ahli Parlimen Batu, Tian Chua disekat dari masuk ke Sarawak pada 25 Mac lalu.

“BN jelas menggunakan Akta Imigresen bagi menahan pemimpin Pakatan Rakyat dari berkempen di Balingian dan tidak menghormati proses pilihan raya,” katanya dalam satu kenyataan.

Kata Surendran, ketiga-tiga mereka adalah pemimpin KEADILAN yang meletakkan calon Abdul Jalil Bujang dalam pilihan raya kecil di Balingian, mereka mempunyai hak mutlak di bawah undang-undang untuk memasuki Sarawak dan mengambil bahagian dalam kempen pilihan raya.

“Najib, Adenan Satem dan BN perlu menghentikan taktik kotor dan tidak sah, pilihan raya ini perlu bebas dan adil,” seru Surendran.

SurenMenurutnya, Kerajaan Sarawak sengaja melanggar seksyen 67 Akta Imigresen 1959/63 dan ia tidak boleh menafikan kemasukan sesiapa sahaja yang ingin memasuki negeri untuk melibatkan diri dalam aktiviti politik yang sah.

“Kerajaan Sarawak dan BN tidak tahu secara jelas Akta Imigresen dan bertindak tanpa mengambil kira undang-undang yang sah.

“Ia juga melanggar Perkara 9 (2 ) Perlembagaan Persekutuan yang menjamin kebebasan bergerak.

“Kuasa ini mesti dijalankan dalam Persekutuan Perlembagaan yang ditetapkan dalam Perkara 9 ( 3) Akta Imigresen dan Perlembagaan,” tegas Surendran.

Tiada ulasan: