MALAYSIAKINI
Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek semalam
menemui pengarang media berbahasa Cina untuk mendapatkan pandangan
berhubung persepsi negatif dan kritikan dari media China dan
antarabangsa.
Ahmad Shabery berkata, kerajaan meminta pandangan untuk menangani isu
berhubung warga China yang dipengaruhi oleh dakwaan tidak berasas
berhubung kemalangan pesawat MH370.
Ia termasuk dakwaan bahawa Malaysia tidak berusaha sebaik mungkin dan
menyembunyikan maklumat berhubung penumpang yang hilang dan juga teori
konspirasi yang muncul.
Tambahnya media berbahasa Cina tempatan memahami perkembangan di China.
Menurut menteri terbabit, maklum balas menunjukkan bahawa soalan dalam
bahasa Melayu dalam sidang media juga membuatkan media China
tertanya-tanya jika Malaysia cuba menyembunyikan sesuatu.
Kerajaan juga digesa untuk bertemu dengan media China dalam sesi berasingan dari sidang media harian, katanya.
“Saya terbuka dalam hal ini,” katanya selepas pertemuan selama satu jam
setengah bersama wakil media berbahasa Cina tempatan semalam.
Katanya, ada di kalangan pemberita juga kurang pemahaman mengenai teknologi penerbangan dan satelit.
Bagaimanapun, Ahmad Shabery berkata beliau berpuas hati dengan laporan
media berbahasa Melayu, Inggeris dan Cina tempatan yang menurutnya
membantu menyatukan negara melalui liputan mereka.
"Untuk media tempata, itu bergantung... mereka cuba tunjukkan bahawa
mereka seimbang, tapi kadang-kadang mereka agak tidak baik dari segi
menyokong seluruh pasukan.
“Tapi kita faham, kita tidak mengharapkan semua orang untuk memuji kita,” katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan