MALAYSIAKINI
Pusat Penyelarasan dan Menyelamat Australia (RCC) mengesan satu isyarat
daripada suar kecemasan yang didaftarkan kepada sebuah kapal nelayan di
kawasan yang jauh di selatan Lautan Hindi berdekatan Antartika.
Dalam satu kenyataan, Pihak Berkuasa Keselamatan Maritim Australia
(AMSA) berkata RCC tidak dapat menghubungi kapal berkenaan dan bentuk
isyarat kecemasan itu tidak diketahui.
"RCC telah menugaskan semula pesawat P3 Orion Tentera Udara Diraja
Australia daripada usaha pencarian (Malaysia Airlines) MH370 untuk
terbang ke kawasan itu dan memberikan bantuan jika diperlukan," kata
kenyataan itu.
P3 mampu menggugurkan peralatan survival, kata AMSA sambil menambah ia
akan mengambil masa lima jam untuk sampai ke lokasi suar itu dikesan.
Ia terletak kira-kira 3,241 km di barat daya Perth dan 648 km di utara tanah besar Antartika.
Menurut kenyataan itu sebuah pesawat awam dibawa bagi menggantikan P3
dalam operasi mencari pesawat Malaysia Airlines Boeing yang hilang
secara misteri pada 8 Mac dengan 239 orang di dalam pesawat.
- Bernama
Tiada ulasan:
Catat Ulasan