HALAMAN SANTAI

Sabtu, 29 Mac 2014

Kemalangan: K'jaan, Lynas diminta perjelas keadaan

HARAKAHDAILY 


KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Temerloh Nasrudin Hassan menggesa pihak kerajaan dan juga Pengurusan Lynas, memberi penjelasan kedudukan sebenar dari kemalangan lori yang membawa cecair kimia, di Lancang semalam.

Penjelasan segera katanya, sangat perlu kerana masyarakat setempat berada dalam keadaan resah ekoran berita ini tersebar.

"Apakah kesan dari tumpahan itu bakal menjejaskan kesihatan dan keselamatan orang ramai?

"Jika ia mempunyai implikasi kepada kesihatan dan keselamatan masyarakat setempat, kerajaan perlu segera mengeluarkan amaran dan arahan bertindak yang wajar dilakukan oleh orang ramai.

"Pihak berkuasa mesti cepat bertindak dan jangan amalkan sikap menyembunyikan maklumat," tegas beliau.

Dalam kejadian semalam, sebuah lori yang membawa 15 tong berisi cecair kimia, iaitu PrND Chloride terbabas dan menyebabkan 13 daripada tong tersebut bertaburan di atas jalan persekutuan menghubungkan Kuala Lumpur-Kuantan.

Ekoran insiden itu juga laluan sekitar Mentakab dan Lanchang ditutup untuk semua kenderaan.

"Saya juga mahu penjelasan yang telus dari pihak kerajaan, bagaimana SOP pengangkutan dan pemindahan bahan atau produk dari kilang Lynas terutama sewaktu melintasi laluan awam juga sewaktu menghadapi kemungkinan buruk seperti kemalangan dan seumpamanya agar tidak melibatkan atau mengancam keselamatan dan kesihatan awam," jelas Nasruddin.

Tiada ulasan: