HALAMAN SANTAI

Khamis, 27 Mac 2014

MTUC, MEF perlu bincang dahulu isu Cola

 Ismail Abd Muttalib Ismail Abd Muttalib


KUALA LUMPUR - Kementerian Sumber Manusia berpandangan isu elaun kos sara hidup (Cola) untuk pekerja swasta harus dibincangkan terlebih dahulu oleh Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) dan Persekutuan Majikan-majikan Malaysia (MEF).

Timbalan Menterinya, Datuk Ismail Abd Muttalib berkata bagaimanapun kerajaan bersedia menjadi perantara jika diperlukan atau dialog yang dibuat tidak mencapai kata sepakat.

Beliau berkata demikian di Dewan Rakyat di sini hari ini bagi menjawab soalan Datuk Seri Azalina Othman Said (BN-Pengerang) yang ingin tahu sama ada kerajaan akan berdialog dengan MEF berhubung pembayaran Cola RM300 yang dicadang oleh MTUC.

Menjawab lanjut, Ismail berkata kerajaan sentiasa mengambil langkah memastikan golongan pekerja termasuk pekerja swasta di negara ini dibantu bagi meringankan beban kos sara hidup.

Antara langkah yang diambil ialah melakukan semakan gaji minimum setiap dua tahun dan menyalurkan pelbagai bantuan tunai dan bukan tunai.

"Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) juga sebagai bentuk bantuan kepada mereka berpendapatan rendah dan sederhana di negara ini," katanya. - Bernama

Tiada ulasan: