HALAMAN SANTAI

Rabu, 26 Mac 2014

122 objek dikesan di kawasan carian Lautan Hindi, kata Hishammuddin


OLEH LEE SHI-IAN


Imej satelit baru yang dikeluarkan Airbus Defence and Space menunjukkan 122 objek berpotensi di selatan Lautan Hindi di mana usaha mencari pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 yang hilang ditumpukan, kata Datuk Seri Hishammuddin Hussein (gambar).

"Semua imej baru diterima dari Perancis dan diambil pada 23 Mac," katanya kepada pemberita di Pusat Dagangan Dunia Putra hari ini.

"Imej berkenaan diberikan kepada Agensi Remote Sensing Malaysia (ARSM) yang kemudian disampaikan kepada pihak berkuasa Australia."

"ARSM menganalisis imej dan –satu kawasan laut berukuran kira-kira 400 kilometer persegi – dapat mengenal pasti 122 objek yang berpotensi."

Hishammuddin berkata, sebahagian objek berukuran meter panjang, ada yang berukuran 23 meter panjang, sambil menambah beberapa objek kelihatan terang, mungkin menunjukkan ia daripada bahan pepejal.

Beliau, bagaimanapun memberi amaran bahawa tiada objek dikenal pasti atau dikaitkan dengan MH370 sebelum pengesahan dibuat.

Tiada ulasan: