MALAYSIAKINI
Perdana Menteri Australia Tony Abbott mempertahankan pengumuman rakan
sejawatannya dari negara ini Datuk Seri Najib Razak bahawa penerbangan
MH370 “berakhir” di Lautan Hindi.
Pengumuman tersebut, yang dipersoalkan oleh waris penumpang di China,
merupakan kesimpulan dari sejumlah besar bukti, kata Abbot seperti
dipetik dalam laporan akhbar Telegraph.
"Himpunan bukti menunjukkan pesawat tersebut hilang dan ia hilang di satu tempat di selatan Lautan Hindi.
“Itu adalah gelombang bukti yang amat besar dan saya rasa Perdana
Menteri Najib Razak amat berhak membuat kesimpulan itu, dan saya fikir
sebaik kesimpulan itu dibuat, beliau bertanggungjawab mengumumkannya,”
katanya seperti dipetik dalam laporan tersebut.
Para waris penumpang dari China mula tiba di negara ini untuk
mendapatkan penjelasan lebih lanjut dan untuk mendengar permohonan maaf
dari Najib atas pengumuman tersebut.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan