HALAMAN SANTAI

Khamis, 27 Mac 2014

KDN tolak permit Malaysiakini, FZ Daily untuk kawal lambakan akhbar

OLEH DIYANA IBRAHIM

 
Kementerian Dalam Negeri KDN hari ini berkata tindakan menolak permit akhbar Malaysiakini dan FZ Daily ialah untuk mengawal lambakan akhbar yang ada di negara ini.

DN berkata, keputusan itu dibuat bagi menyekat berita yang mengelirukan disogokkan kepada orang ramai.

"Penolakan permohonan akhbar FZ Daily dan Malaysiakini merupakan langkah awal dalam mengawal lambakan penerbitan akhbar umum yang berkemungkinan boleh mengelirukan orang ramai sekiranya terlalu banyak berita disiarkan oleh pelbagai akhbar," kata KDN di Dewan Rakyat hari ini.

"Ia dilihat cenderung untuk menerbitkan berita sensasi dan kontroversi bagi menarik perhatian pembaca," kata KDN menjawab kepada soalan bertulis oleh Ahli Parlimen Sungai Petani, Datuk Johari Abdul.

Tiada ulasan: